View: 4148|Reply: 60
|
[Tempatan]
Negara dilanda 'winter'
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 2-12-2022 12:34 PM
KUALA LUMPUR: 'Bahang' Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November lalu, beransur hilang dan kini diganti dengan cuaca nyaman dan dingin, apabila purata suhu harian negara dilaporkan di antara 22 hingga 30 darjah Celsius.
Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata fenomena cuaca sejuk itu dijangka berterusan hingga Februari tahun depan.
Katanya ia adalah susulan Monsun Timur Laut (MTL) yang membabitkan perubahan angin sejuk dari tanah besar China dan juga pembentukan awan hujan yang berterusan bermula awal November.
"Jadi apabila awan hujan banyak, dari segi pancaran matahari agak terlindung yang menyebabkan suhu akan lebih rendah berbanding tempoh masa yang lain," katanya.
Ketika bertanya mengenai suhu terendah yang kemungkinan dialami negara, Mohd Hisham berkata kawasan tanah rata di pedalaman seperti di Kelantan, Pahang dan Perak akan menjadi lebih sejuk berbanding kawasan lain.
"Sebelum ini, suhu di kawasan pedalaman Kuala Krai, Kelantan pernah dicatat antara 17 dan 18 Celsius pada 2014. Jadi, berkemungkinan di kawasan tersebut boleh berlaku lagi (suhu serendah itu)," katanya.
Pakar Meteorologi Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah, berkata angin dari China itu memasuki Malaysia bermula awal November dan boleh menyebabkan suhu serendah 22 darjah Celsius.
"Perubahan angin monsun ini memang akan memberi kesan kepada suhu dan situasi ini akan turut dipengaruhi oleh geografi atau kedudukan sesebuah kawasan, sekiranya berada di tanah tinggi seperti Genting Highlands suhunya lagi sejuk," katanya.
Beliau berkata cuaca dingin yang dirasai oleh rakyat Malaysia kini merupakan kesan peralihan angin MTL yang datang dari arah utara atau dikenali sebagai luruan monsun.
"Musim MTL ini memberi kesan kepada jumlah cahaya matahari yang diterima di Malaysia yang berkurang selain mendung dan hujan.
"Selain itu faktor sejuk yang dialami adalah berikutan angin Timur Laut yang dibawa dari Siberia," katanya. – BERNAMA
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Wow... nanti ayam boleh bertelur tak? Risau ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Lps ni ramai pkai heatech, jaket kulit, glove dan muffler jln2 kt chow kit... |
|
|
|
|
|
|
|
Cuaca sejuk memang best. Yg tak best walaupun sejuk humidity still high. Hujan tak renti banjir. Baju tak kering unless ada dryer. Naik mold naik kulat segala tempat yg damp. |
|
|
|
|
|
|
|
dah siap2 utk bercuti ke kuala krai dgn jaket sheeple dan kasut ski |
|
|
|
|
|
|
|
xde dh yg nk ltk gmbr family kt tangga rumah sampai berblanket masing2 |
|
|
|
|
|
|
|
hahhahaa eh tapi best... sedap je tidur mlm2.. nyaman... |
|
|
|
|
|
|
|
dinginnya angin malam ini menyapa tubuhku..
namun tidak dapat mendinginkan hatiku yang kau
hangatkan
|
|
|
|
|
|
|
|
ramai org sakit batuk, selesama, demam, asthma sekarang ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
xde la sejuk mana pun,banyak lecah kat mana2 je |
|
|
|
|
|
|
|
la ptt td nk keluar p kerja nmpk mcm salji gituh..view dr balkoni umah..
takpe la bye bye malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
LoL...Of coz nanti adelah tu.
Macam kes hantu ketuk pintu umah Se Malaysia.
Memasing posing jari tunjuk pintu.
|
|
|
|
|
|
|
|
syok tak perlu buka aircond sejuk..cuma baju lambat kering la kot |
|
|
|
|
|
|
|
Mlm2 tido pakai baju bulus2 haa ank aii skg ni .tapi tu la..cuaca sejuk ni senang kena batuk & selesema.. |
|
|
|
|
|
|
|
nyaman.. pagi2 rasa takmau bangun tido.. sambung tido lepas subuh sampai zohor pun best juga ni .. tapi kena kerja |
|
|
|
|
|
|
|
Semalam hujan agak lama dan lebat bandar KL agak berkabus banyak bangunan pencakar langit tak kelihatan topnya ada yang tak kelihatan tengah2nya. Yang tak best banjir kilat pun banyak sana sini. |
|
|
|
|
|
|
|
X gaduh on ekon. Kipas pun takyah bukak laju. Pagi lepas bgn pastu 9am tertidoq balik memg best |
|
|
|
|
|
|
|
cer bagi nama khas
winter tu mcm berangan hidup sgt
|
|
|
|
|
|
|
| |
|