CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 832|Reply: 8

[Tempatan] Polis, SKMM akan benteras dalang disebalik provokasi 'berbayar' TikTok

  [Copy link]
Post time 1-12-2022 08:24 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 1-12-2022 01:04 PM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis telah memanggil pengurusan TikTok untuk menjelaskan video "kandungan berbayar" yang memberi amaran berulangnya rusuhan kaum 13 Mei 1969.

SKMM berkata pihaknya juga terus memantau video kebencian yang tersebar di platform itu dan seterusnya menular ke media sosial lain.

"Penyebaran kandungan berbaur provokasi itu dengan niat untuk mencetuskan ketidakharmonian, kebencian, prejudis dan perasaan orang lain, adalah satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan, yang boleh dikenakan hukuman denda atau penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

"Sebarang penyebaran kandungan video sedemikian merupakan satu perbuatan tidak bertanggungjawab yang dikhuatiri boleh menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan, perasaan kebencian mahupun prejudis dalam hal ehwal berkaitan dengan agama dan kaum.

"Dalam pada itu, pihak SKMM dan PDRM akan mempertingkat usaha mereka dalam mengekang penyebaran bideo-video sedemikian yang boleh menggangu-gugat ketenteraman awam," kata suruhanjaya itu pada kenyataan malam ini.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa video di TikTok yang memberi amaran tentang berulangnya rusuhan kaum beredar susulan pilihan raya umum ke-15.

Awal hari ini, Malaysiakini melaporkan sekurang-kurangnya tiga video sedemikian merupakan "perkongsian berbayar" dengan platform itu.

Bagaimanapun, TikTok memberitahu Malaysiakini, pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada video itu telah ditaja oleh ahli politik atau tidak.

Ia juga enggan mendedahkan jumlah video yang sebenarnya dibayar.

Menurut laporan, seorang ahli PAS didakwa menaja iklan serangan di Facebook melalui halaman berkaitan Perikatan Nasional.

Sementara itu, SKMM menggesa netizen agar tidak berkongsi dan menyebarkan kandungan provokasi, mahupun menyebarkannya dari satu platform media sosial ke platform media sosial yang lain.

Katanya, sebarang hasutan, kandungan provokasi, atau yang bersifat perkauman, menghina agama, atau institusi diraja, harus dilaporkan kepada SKMM.

Ini boleh dilakukan melalui laman webnya, talian aduan 1800-188-030, nombor WhatsApp +60162206262, atau melalui e-mel di aduanskmm@mcmc.gov.my.

Maklumat salah boleh dilaporkan ke laman web Sebenarnya.

https://www.malaysiakini.com/news/646401

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2022 08:30 AM | Show all posts
angkut je bebudak tiktok tu

kang kena soal sampai terkecing ke tercirit ke , kluar lah info sapa bayo
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 08:39 AM | Show all posts
Kitty_catz replied at 1-12-2022 08:30 AM
angkut je bebudak tiktok tu

kang kena soal sampai terkecing ke tercirit ke , kluar lah info sapa ba ...

meluat tngok jah, mcm terer sgt bdk2 baru tumbuh bulu ni psl sejarah
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 08:47 AM | Show all posts
Denco replied at 1-12-2022 08:39 AM
meluat tngok jah, mcm terer sgt bdk2 baru tumbuh bulu ni psl sejarah

16 mei pulak tu
cam hareyyy jah

nampak beno budak kelas belakang
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
pnbest pnbest pnbest
-airil zafrul-
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Membanyakkan kerja polis je pembangkang baru kita  ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2022 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 1-12-2022 08:47 AM
16 mei pulak tu
cam hareyyy jah


Hahah 16 mei bukan hari guru ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti gang konon dpt telor busok kt mini marken khuenz?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2022 06:26 PM | Show all posts
fairiza replied at 1-12-2022 04:20 PM
Hahah 16 mei bukan hari guru ke?

tu la species bangang abadi..

tiktokers bodoh2 ni charge mur2 sket gamak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.364144 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list