CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 903|Reply: 9

[Dunia] Lelaki ubah suai kereta Toyota jadi Ferrari berdepan hukuman penjara

  [Copy link]
Post time 30-11-2022 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


ROM – Seorang lelaki di Itali didakwa atas tuduhan pemalsuan dan pelanggaran cap dagangan selepas mengubah suai sebuah kereta Toyota MR Coupe miliknya menjadi Ferrari F430 berwarna merah, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Agensi penguatkuasaan undang-undang, Guardia membuat rampasan luar biasa itu semasa melakukan pemeriksaan rutin di bandar Asti.

Walaupun kereta itu menampilkan semua elemen unik Ferrari F430 termasuk logo kuda pada bonet dan stereng, rim, brek serta lampu depan, sesuatu tentang kenderaan itu kelihatan tidak kena.

Tidak dijelaskan sama ada pemandu berusia 26 tahun itu mempunyai dokumen yang diperlukan untuk membuktikan bahawa keretanya adalah Ferrari F430 tulen atau tidak, tetapi pegawai polis memanggil pasukan pakar untuk mendapatkan kepastian.

Mereka mengesahkan bahawa kereta itu sebenarnya adalah Toyota MR Coupe yang telah diubah suai. Kes itu dianggap unik kerana tahap pemalsuannya yang tinggi.

Menurut pakar yang mengesahkan pemalsuan itu, kereta tersebut juga menampilkan alat ganti dan aksesori Ferrari asli, menjadikannya lebih sukar untuk menyedari bahawa ia sebenarnya adalah Toyota.

Media berita Itali melaporkan bahawa kereta itu telah disita dan pemiliknya dilaporkan kepada Pejabat Pendakwa Raya Asti kerana menggunakan cap dagangan berdaftar tanpa kebenaran. – Agensi


https://www.kosmo.com.my/2022/11/30/lelaki-ubah-suai-kereta-toyota-jadi-ferrari-berdepan-hukuman-penjara/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2022 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
B40 feeling2 t20 versi itali.





Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
byk kan. kat malaysia … keta perodua tukar emblem daihatsu .. ada sstgh keta mmg “renovate” keta tu & logo pun tukar jugak. Paling byk jumpa zaman2 myvi dulu tukar ke passo
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya ferrari bangga sbb dia pakai sparepart ori
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 08:45 PM | Show all posts


ops silap

ni haaaaaaaa




Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 09:08 PM | Show all posts

tak sabo nak tunggu keta turun rega...

hahahahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2022 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 30-11-2022 08:30 PM
byk kan. kat malaysia … keta perodua tukar emblem daihatsu .. ada sstgh keta mmg “renovate” keta  ...

perodua yg tukar logo daihatsu tu.. owner just tukar balik
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
even kl ko ada real ferrari, ko xboleh buat pengubahsuaian tanpa kebenaran. beli kereta ferrari tp ko xdpt full ownership
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-12-2022 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tukar ferrari jd toyota mungkin tak kena…
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kelisa jadi mini cooper juga relek takde hal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.365498 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list