CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 239|Reply: 0

[Pulau Pinang] Gerai, rumah diancam hakisan pantai

[Copy link]
Post time 30-11-2022 05:32 PM | Show all posts |Read mode
Gerai, rumah diancam hakisan pantai

Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



Keadaan rumah dan gerai penduduk di Kampung Sungai Batu, Teluk Kumbar, di sini, yang rosak teruk akibat hakisan pantai. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI




Bayan Lepas: Biarpun empat hari sudah berlalu, namun kejadian ancaman hakisan pantai tetap meresahkan lapan sekeluarga di Kampung Sungai Batu, Teluk Kumbar di sini.

Dalam kejadian pada jam 1 pagi Ahad lalu, Mohd Zahid Abu Bakar, 57, bersama isteri, tiga anak dan tiga cucu yang sedang nyenyak tidur dikejutkan dengan bunyi dentuman sebelum mendapati struktur lantai rumahnya rosak akibat hakisan itu.

Mohd Zahid berkata, sebahagian dapur memasak dan stor di gerai makanan yang terletak di sebelah rumahnya juga rosak teruk akibat kejadian itu.

Katanya, hakisan pantai itu berlaku sejak lima bulan lalu namun kejadian baru-baru ini adalah paling buruk.

"Sebelum ini sudah berlaku hakisan di gerai, namun ia tidak ketara cuma saya menutup kedai sementara kerana bimbang dengan keselamatan diri dan pelanggan.

"Namun tidak sangka keadaan semakin buruk dengan cepat, mujurlah kami semua terselamat dalam kejadian itu," katanya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Mohd Zahid berkata, hakisan pantai itu dipercayai berlaku susulan kerja tambak laut yang berlaku di beberapa bahagian perairan negeri.

Katanya, apabila kawasan Tanjung Tokong, Persiaran Gurney dan Batu Uban ditambak, dipercayai air laut memenuhi kawasan rendah.

"Sudah tentu ia membabitkan perairan di Sungai Batu dan Teluk Kumbar sekali gus menjadikan kawasan ini berisiko terhadap hakisan pantai.

"Tambahan pula musim monsun, air pasang dan ribut yang membadai pada masa ini, sudah keadaannya lebih buruk.

"Dahulu, jarak pantai dengan gerai dan rumah kami berada kira-kira 50 meter tapi kini menjadi terlalu hampir terutama ketika air pasang," katanya.

Tinjauan mendapati dua daripada kira-kira 20 deretan gerai di pantai berkenaan tidak beroperasi kerana terjejas dengan hakisan.

Difahamkan, wakil rakyat serta wakil Jabatan Pengairan Saliran (JPS) sudah meninjau keadaan namun belum ada perancangan serta tindakan diambil setakat ini.

Sementara itu, rumah pekerja swasta, Samsuar Hasshim, 44, turut mengalami kejadian serupa dalam kejadian itu.

Akibatnya dia bersama isteri dan empat anak berusia enam hingga 20 tahun, terpaksa menumpang di rumah sepupu di kampung berkenaan.

"Saya sudah memohon bagi mendapatkan rumah menerusi perjanjian sewa-beli dan berharap proses itu dapat diluluskan segera kerana rumah yang didiami sejak 2017 itu sudah tidak sesuai didiami," katanya, di sini.

Dalam kejadian itu, Samsuar sekeluarga sedang tidur sebelum mendapati rumah yang mereka diami berada dalam keadaan senget kira-kira jam 12.30 tengah malam.


Disiarkan pada: November 30, 2022 @ 5:01pm







sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.064817 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list