CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 309|Reply: 1

[Pulau Pinang] Graduan autisme cemerlang idam jadi guru

[Copy link]
Post time 30-11-2022 04:19 PM | Show all posts |Read mode
Graduan autisme cemerlang idam jadi guru

Siti Aminah Mohd Yusof
am@hmetro.com.my





Georgetown: Graduan autisme Ooi Ivan, 24, tidak menjadikan kekurangan diri sebagai penghalang untuk menempa kejayaan sehingga dinobat sebagai penerima Anugerah Pingat Emas sempena Upacara Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM) ke-60, di sini, hari ini.

Ivan yang turut didiagnosis menghidap Gangguan Hiperaktif Defisit Perhatian (ADHD) turut bersyukur dapat menamatkan pengajian mengikut jadual ditetapkan dengan meraih Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.72 biarpun berdepan masalah sukar menumpukan perhatian sewaktu di dalam kelas.

"Saya terhutang budi dengan kakitangan USM yang sangat berdedikasi dan menyediakan persekitaran baik untuk penuntut OKU, saya tidak akan sampai ke tahap ini tanpa bantuan mereka.

"Selain itu, pensyarah yang membuat penilaian ada menyatakan biarpun saya kelihatan tidak dapat menumpukan perhatian tetapi saya memahami apa yang ingin disampaikan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESOL) itu turut gemar membaca akhbar berbahasa Melayu sejak di bangku sekolah dan masih kerap membeli surat khabar fizikal sehingga sekarang.

Anak sulung daripada dua beradik itu berkata, dia sudah selesai menjalani praktikal di sekolah lamanya iaitu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (C) Chung Ling Butterworth dan berharap dapat mengejar impiannya untuk menjadi seorang pendidik.

Bekas Yang Dipertua Sekretariat Insan Istimewa USM itu turut berpandangan OKU mampu cemerlang dalam bidang yang diceburi.

Pada masa sama, dia turut menasihati golongan itu agar tidak berasa malu jika perlu mengambil sedikit masa untuk menyempurnakan sesuatu tugasan atau perkara dalam situasi diri yang tidak mengizinkan.

"Saya juga pernah mengalami episod gelap seperti keresahan akibat emosi tidak stabil ketika menghadapi peperiksaan, mujur pihak universiti memberi kebenaran kepada saya untuk berada berasingan dengan penuntut lain.

"Sebagai insan yang disahkan berfungsi tinggi ada kalanya saya turut berdepan stigma masyarakat yang menyangka kami mampu melakukan semua perkara, jadi jangan rasa malu untuk beritahu kalau rasa tidak okey atau jika perlu ambil masa untuk diri sendiri.

"Secara peribadi saya sendiri cenderung berkongsi rasa hati dengan keluarga, rakan-rakan termasuk pensyarah sebagai terapi," katanya yang memperoleh 5A+ 4A 1A- dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sementara itu, penerima anugerah Pingat Emas Naib Canselor Farah Zahidah Abd Halim, 22, berkata, kesibukan menggalas tanggungjawab sebagai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kampus Kejuruteraan USM tidak dijadikan alasan untuk mengabaikan pelajaran.

Lebih membanggakan anak ketiga daripada empat beradik itu adalah penuntut wanita pertama dilantik untuk memegang jawatan itu bagi Kampus Kejuruteraan.

Pada masa sama, dia juga aktif menjalankan perniagaan dalam talian berasaskan khidmat fotografi dan cetakan yang masih bertahan sehingga kini.

"Alhamdulillah saya dapat melepasi cabaran sebagai pemimpin pelajar pada masa yang sama bergelut dalam bidang pengajian jurusan Kejuruteraan Kimia yang secara peribadi bukan suatu perjalanan yang mudah buat diri saya," ujarnya.

Terdahulu Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM, Prof Datuk Dr Abdul Rahman Mohamed, berkata sejumlah 7,282 graduan akan menerima ijazah masing-masing bermula dari 3 hingga 14 Disember.

Mereka terdiri daripada dua Profesor Emeritus; Ijazah Tinggi Doktor Falsafah seramai (493), Sarjana (1,732), Ijazah Sarjana Muda (4,893) dan Diploma Kejururawatan sejumlah 69 penerima.



OOI Ivan menerima Anugerah Pingat Emas USM (Anugerah bagi graduan cemerlang kelainan Upaya). FOTO Mikail Ong


Disiarkan pada: November 30, 2022 @ 4:05pm







sumber
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2022 04:20 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.197298 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list