CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2970|Reply: 7

[VIDEO] Jururawat kongsi kisah seram di wad hospital

[Copy link]
Post time 30-11-2022 03:28 PM | Show all posts |Read mode



PETALING JAYA – Perkongsian seorang kakitangan hospital mengenai kisah seram yang dialaminya semasa bertugas di wad di sebuah hospital menjadi tular di media sosial.

Melalui perkongsian video oleh jururawat tersebut yang dikenali sebagai Scha Myza di laman Instagram miliknya memaparkan keadaan di dalam sebuah wad pesakit yang kosong tetapi, beberapa peralatan seolah-olah sedang digunakan.

“Selain dugaan pesakit Covid, dugaan makhluk halus jugak. Dalam bilik tertutup macam ini pun dia duk main stateskop dan mesin ‘on’ macam ada orang dalam tu.

“Macam ada manusia punya jasad sebab semua tekanan darah on, walhal katil kosong.

“Dugaan betul kalau berdua dengan pesakit koma dalam tu,” katanya.

Dalam perkongsian lain, dia turut berkongsi kisahnya apabila perlu menguruskan mayat seorang diri walaupun dia merupakan seorang yang penakut.

“Itu belum uruskan mayat sorang-sorang. Kadang-kadang masa itu barang tak cukup, perlu tunggu sorang-sorang dalam tu dengan mayat sementara tunggu kawan datang. Dahlah Scha ni penakut.

“Kalau part bungkuskan mayat tu Scha susah sikit nak tidur bila kena ikat kaki dan kepala, masa tu Ya Allah dekatnya muka mayat dengan aku ni, mau tak tidur sebab teringat.

“Lepas dah balut semua badan tu, ada darah pulak keluar melalui hidung dan kotorkan kain putih tu. Bayangkanlah macam mana perasaan Scha tengok situasi tu. Mujur kawan-kawan semuanya sangat berani dan langsung tak hirau segala bunyi,” katanya. – K! ONLINE



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2022 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Jom folo abam koje bilik mayat ni..


https://www.tiktok.com/@imaduddi ... 7139685063670746395
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 11:55 PM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 30-11-2022 10:39 PM
Jom folo abam koje bilik mayat ni..

gelapnya laluan tu..pasanglah lampu kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
venom1 replied at 2-12-2022 11:55 PM
gelapnya laluan tu..pasanglah lampu kat situ

Tu le..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnye hospital kalau nak jimat pun pasanglah lampu auto sensor tu. Kalau ada orang je auto terpasang sendiri. Gelap2 mcm tu bukan seram je tapi bahaya skali
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 11:26 AM | Show all posts
Semasa saya admitted di salah sebuah hospital swasta di Lembah Klang, tetiba ada nurse datang ke bilik saya pada pukul 3 pagi. Esoknya bila nurse datang nak ambil bacaan tekanan darah dan suhu badan, saya tanyalah dekat nurse yang bertugas, bukan ke dah ambil bacaan pukul 3 pagi tadi ke? Terkejut nurse tu sebab dia kata mana ada mereka ambil bacaan pukul 3 pagi. Lepas tu, memang sentiasa buka lampu la bila nak tidur. Saya pula memang duduk kat single room. Cerita tahun 2009 ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2022 12:34 PM | Show all posts
huish...nasib baik masa duk spital ari tu x jadi apa2 tp ada 1 malam tu rasa seram sikit sbb rasa nampak mcm ada yg melintas. nampak byg2 gitu tp biasa la, lampu wad spital bkn fully close pun. ada je terbuka tp yg selalu x berapa lama pun ditutupnye. lps tu buka balik

sbb doc Ngan nurse mmg round sokmo. yg biasanye tgh2 mlm doc dtg nk ambik darah....hahaha. x seram pun klu time tu sbb lampu semua buka tp time nampak byg2 tu lampu cuma sikit je buka. sekali tu je la tertengok. yg lain2 tu rasa2 sikit je...

tp yg x leh lupa, ada patient meninggal dlm wad tu. kakak kucen ketar lutut sbb kami tgk patient tu dimasukkan dlm tempat mayat tu. masa tu kucen on da'way balik dr tandas, kena lalu situ sbb bed dia tepi je. bed kucen nun jauh di tgh dunia...

ye la, ni sikit byk pengalaman seram duk spital yg buleh kate naik pangkat .penghulunita' dgn nurse2 situ sbb paling lama kt kawasan mcm kubikel tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 03:26 PM | Show all posts
cukup takut masuk lift hospital time mlm.

masa my mom admitted. bilik sorg tapi malam2 ada 'nurse" dtg jenguk, tapi muka tak de hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.078046 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list