CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 253|Reply: 0

[Kedah] 'Semak nama malaikat maut jadi petanda sebelum meninggal dunia'

[Copy link]
Post time 30-11-2022 01:57 PM | Show all posts |Read mode

Sharifah A Rahim, 35, bersama anak bongsunya menanti jenazah anaknya ketika dibedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, hari ini.

ALOR SETAR: "Arwah sebelum ini ada bertanyakan mengenai maksud namanya, ibu, bapa serta adiknya, sama ada mempunyai maksud elok atau tidak, sambil mencari makna nama itu melalui carian di internet.

"Saya beritahu namanya bermaksud bijak serta terpelajar sambil menyuruhnya supaya belajar dengan rajin. Lepas itu dia bertanyakan pula nama malaikat maut, selain syurga dan neraka. Tak sangka pula itu petanda dia akan pergi meninggalkan kami buat selamanya," kata Sharifah A Rahim, 35.

Sharifah adalah ibu kepada Muhammad Aqil Wafiq Ruslizan, 10, yang meninggal dunia akibat dihempap tiang elektrik di Kampung Belukar, Jalan Kampung Darat, Changlun, semalam.

Rakan mangsa, Wan Aliff Danish Abdullah, 10, masih lagi kritikal bersama seorang lagi rakan mereka berusia 11 tahun dalam rawatan di Hospital Jitra.


Sharifah berkata, beliau reda dengan pemergian anak kedua dari tiga beradik itu, kerana anak sulungnya yang juga kakak arwah meninggal dunia ketika berusia empat minggu.

"Dia mungkin ikut kawan-kawan bermain di situ kerana sebelum ini dia tak pernah ke sana.

"Saya terkejut dengan apa yang berlaku kerana lokasi kejadian hanya 50 meter dari rumah neneknya, Zaiton Abu, 64," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.

Sharifah berkata, suaminya, Ruslizan Ali, 42, kini tidak bekerja sejak terbabit kemalangan akibat diserang sawan ketika memandu teksi.

Katanya, suaminya yang baru pulih selepas koma hampir dua minggu, kini mengharapkan bantuan ibu dan bapa mereka serta orang ramai untuk membantu.

"Tiang elektrik itu hanya disendal dengan kayu saja dan ketika kejadian ada bunyi kuat dan memang saya sudah syak ada benda buruk berlaku kerana lokasi kejadian bertentang dengan rumah neneknya dan boleh nampak dari jauh.

"Arwah memang tak pernah bermain di situ dan rupanya anak saya yang meninggal," katanya.

Sharifah yang juga suri rumah berkata, longgokan tiang elektrik itu diletakkan di lokasi itu sejak sebelum Aidilfitri lalu.

Jenazah anaknya akan dikebumikan di Kampung Berona Kanan, Jeniang, hari ini.

Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Dato' Wan Kemara, Changlun, Mohd Nizam Saidin, berkata pihak sekolah terutama guru-guru di sekolah itu terkejut dengan kejadian yang menimpa dua murid sekolah itu.

Katanya, kedua-dua murid berkenaan sangat baik dan rajin di sekolah sehinggakan ramai yang sedih.

"Kami mengadakan bacaan Yasin untuk arwah dan seorang lagi murid yang masih dirawat di hospital selain mengadakan kutipan untuk bantuan buat keluarga mereka," katanya.

Dalam kejadian semalam, seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia manakala dua rakannya tidak sedarkan diri selepas dihempap tiang elektrik ketika bermain di Kampung Belukar, Jalan Kampung Darat, Changlun.

https://www.bharian.com.my/berit ... lum-meninggal-dunia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.061673 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list