CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1035|Reply: 4

Hugh Jackman Terkedu Nicole Kidman Berhabis Hampir RM500,000 Bida Topinya

  [Copy link]
Post time 30-11-2022 01:17 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon terkenal, Nicole Kidman membuatkan penonton terkejut kerana dia membeli topi yang dipakai oleh aktor Hugh Jackman pada harga AS$100,000 (RM448,000) semasa majlis lelongan yang diadakan selepas persembahan muzikal Broadway di New York beberapa hari lalu.


Aktres Hollywood itu membeli topi yang ditandatangani oleh  Jackman, 54,  pada majlis lelongan yang diadakan selepas persembahan muzikal berjudul The Music Man. Jackman merupakan aktor berasal dari Australia iaitu negara kelahiran Kidman.   




IG Nicole Kidman




Kidman, 55, membeli topi itu bagi tujuan kebajikan kerana hasil lelongan tersebut akan disumbangkan kepada pertubuhan bukan kerajaan, Broadway Cares.


Dalam rakaman yang disiarkan di akaun Instagram Jackman, suara Kidman didengari membuat tawaran yang mengejutkan.


Dia juga bangkit dari tempat duduk dan menuju ke pentas serta memeluk aktor tersebut yang merupakan rakan lamanya sekali gus menerima tepukan daripada penonton.


“Nicole (Kidman) anda luar biasa! Kemurahan hati anda benar-benar menakjubkan. Terima kasih sahabat,” demikian menurut kenyataan Jackman dalam Instagram.




Add Image Caption Here




Perbuatan Kidman itu berlaku sebelum dia menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat daripada Institut Filem Amerika Syarikat (AS) pada tahun depan.


Dia yang dibesarkan di Sydney akan menjadi warga Australia pertama menerima anugerah itu.




Sumber: Gempak






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2022 01:34 PM | Show all posts
Duit banyak..apedehal..afterall it's for a good cause..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 02:23 PM | Show all posts
Meolss syorkan cuolls tengok siri Bangkok Hilton lakonan Nicole Kidman kat youtube mmg best yaachhh...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 02:02 AM | Show all posts
dah tua da.. sedihnya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest replied at 1-12-2022 02:02 AM
dah tua da.. sedihnya.

Setiap yang muda pasti akan tua, kecuali mati awal. Don't be sad.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.058032 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list