CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 247|Reply: 0

[Kedah] Budak maut dihempap longgokan tiang elektrik

[Copy link]
Post time 30-11-2022 11:13 AM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang dihempap longgokan tiang elektrik di Kampung Belukar Changlun, Bukit Kayu Hitam di Kubang Pasu petang tadi.



KUBANG PASU: Seorang kanak-kanak  lelaki maut, manakala dua lagi tidak sedarkan diri akibat dihempap tiang elektrik yang dilonggokan di tepi jalan di Kampung Belukar Changlun, Bukit Kayu Hitam petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa berusia 11 tahun meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saadon berkata, dua kanak-kanak lelaki yang juga  berusia 11 tahun yang tidak sedarkan diri itu kini menerima rawatan di Hospital Jitra.

“Komander Operasi melaporkan kejadian melibatkan tiga mangsa yang dipercayai bermain berdekatan tiang elektrik itu yang dilonggokan di tepi jalan berkenaan.

“Tiang tersebut dipercayai telah terjatuh dan menghempap mangsa. Semasa anggota tiba di lokasi ketiga-tiga mangsa telah  dibawa keluar oleh orang awam dengan menggunakan jengkaut,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Saayani, pasukannya membawa seorang mangsa yang cedera ke Hospital Jitra, manakala seorang lagi mangsa dibawa oleh ambulan Kementerian Kesihatan.

“Mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.- UTUSAN

https://www.utusan.com.my/berita ... kan-tiang-elektrik/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.063179 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list