CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 248|Reply: 0

[Kedah] Bayi setahun derita buah pinggang

[Copy link]
Post time 30-11-2022 11:11 AM | Show all posts |Read mode

NORSAFIYYA Khaira Shafiq Farhan Salmah Mad Zuki ketika ditemui pada program anjuran Foccan di Jitra, Kubang Pasu, Kedah. -UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH



KUBANG PASU: Usianya baru menginjak setahun, namun derita ditanggung tubuh kecil ini tidak terperi dengan penyakit kanser buah pinggang yang dihidapi sejak lahir.

Norsafiyya Khaira Shafiq Farhan, buah hati kepada Salmah Mad Zuki, 29, ini bagaimanapun di mata kasar nampak lincah seperti bayi lain di sebalik pelbagai rawatan termasuk kemoterapi yang menjadi rutin mingguannya setiap bulan.

“Dia anak yang kuat. Sangat aktif dan lincah macam tak ada sakit apa-apa pun. Walaupun selepas buat kemoterapi dia aktif sahaja,” katanya ketika ditemui semalam.

Salmah yang berasal dari Kuala Nerang berkata, anak keduanya itu didiagnos menghidap kanser berkenaan sejak lahir selain pada masa sama menghidap sakit jantung.

“Norsafiyya dilahirkan pramatang. Pada usia lima bulan doktor beritahu jantungnya berlubang. Setakat ini dia sudah jalani 18 sesi kemoterapi, tujuh kali radiografi dan satu pembedahan membuang ketumbuhan di buah pinggangnya pada 12 September lepas.

“Memang semua ini terlalu berat untuk ditanggungnya tetapi dia sangat kuat. Kadangkala saya rasa dia lebih kuat daripada saya,” katanya mempunyai seorang lagi anak berusia lima tahun.

Di sebalik dugaan itu, Salmah berkata, dia reda dengan ketentuan Allah namun tidak mahu menyerah kalah dengan takdir itu.

“Doktor pernah beritahu Norsafiyya hanya mampu hidup sehingga tujuh atau lapan tahun sahaja. Tetapi saya selalu berdoa agar waktunya bersama kami lebih panjang daripada itu.

“Selagi ada hayat ini saya akan kuat untuk berjuang bersama Norsafiyya,” katanya yang berulang-alik ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar dan Hospital Pulau Pinang (HPP) di Georgetown Pulau Pinang untuk urusan kesihatan bayinya itu.

Salmah berharap ibu bapa yang mempunyai anak sepertinya supaya kuat dan bersemangat malah jangan ternampak lemah di mata anak-anak yang menderita.

“Saya selalu percaya ini adalah ujian Allah SWT ke atas kita. Kadangkala berasa tertekan dan stres tetapi beradalah dalam kelompok mereka yang senasib dengan kita.

“Seperti saya yang bernaung di bawah Persatuan Sahabat Kanak-kanak Kanser Wilayah Utara (Foccan) dan banyak ibu bapa senasib dengan saya. Kami saling bertukar maklumat dan berkongsi rasa. Itu bagi lebih kekuatan dan semangat,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... rita-buah-pinggang/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.058695 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list