CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 296|Reply: 0

[Perlis] Terima diploma atas katil hospital

[Copy link]
Post time 30-11-2022 10:56 AM | Show all posts |Read mode

DATUK Prof Ts Dr Zaliman Sauli (dua dari kiri) menyampaikan skrol Diploma Kejuruteraan dan Teknologi Elektrik kepada Izzat Aiman Zahari (kiri) sambil disaksikan oleh Rafeah (dua dari kanan). FOTO Aizat Sharif

Kangar: Kemalangan jalan raya yang menimpa Izzat Aiman Zahari, 21 pada Jumaat lalu tidak hanya menyebabkan dia cedera pada badan, namun kedua-dua kakinya patah.

Apa yang lebih mengecewakan pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Elektrik dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) adalah harapannya untuk berada di atas pentas menerima skrol diploma yang diimpikannya selama ini pada Istiadat Konvokesyen universiti itu ke-16 dan ke-17 semalam juga lebur apabila sekadar hanya mampu terlantar di katil Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini.

Namun, itu bukanlah pengakhiran bagi diri mahasiswa dari Jitra, Kedah itu apabila Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Ts Dr Zaliman Sauli yang mendapat perkenan Canselor UniMAP, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hadir tetap melaksanakan pengurniaan diploma itu dengan hadir sendiri menyampaikannya kepada Izzat Aiman di hospital berkenaan semalam.


Ibu kepada Izzat Aiman, Rafeah Nasiran, 53 berkata, dirinya berasa bersyukur dengan keprihatinan UniMAP.

"Memang ini sudah menjadi impiannya selama ini untuk menggenggam skrol Diploma Kejuruteraan dan Teknologi Elektrik.

"Malah, untuk istiadat konvokesyen kali ini, dia sepatutnya menerimanya bersama-sama dengan kakak sulungnya, Izzati yang turut sama tamat pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Mikroelektronik di mana kakaknya itu menerima skrol ijazah itu pada Ahad dan Izzat Aiman pula, (pada) Isnin," katanya ketika ditemui di HTF, di sini malam tadi.

Izzat Aiman kini sedang menyambung pengajian di peringkat Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Elektrik.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... atas-katil-hospital

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.484342 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list