CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 337|Reply: 0

[Kedah] 'Alhamdulillah... terima kasih membantu'

[Copy link]
Post time 30-11-2022 10:55 AM | Show all posts |Read mode

Nur Saffiya (tengah) menyuapkan susu untuk ibunya, Roliza Md Zain yang menghidap kanser payudara tahap empat bersama dua adiknya. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI

Baling: "Syukur Alhamdulillah, ramai yang menghubungi untuk memberi sokongan dan bantuan. Saya berterima kasih kepada semua yang membantu," kata Rohani Md Zain, 45.

Rohani kakak kepada Roliza, 31, yang kisahnya terlantar akibat penyakit kanser payu dara tahap empat serta dijaga anaknya berusia 10 tahun, disiarkan Harian Metro (HM), semalam.

Menurut Rohani, dia menerima banyak panggilan telefon, rata-rata bertanya khabar dan mahu memberi sumbangan meringankan derita Roliza sekeluarga.


"Ramai menyalurkan sumbangan kepada adik saya dan wang itu akan saya guna untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak Roliza serta makan minum mereka.

"Saya juga akan gunakan untuk kos perjalanan membawanya ke hospital di Ipoh, Perak selain simpanan anak Roliza," katanya.

Roliza kematian suami tahun lalu akibat sakit jantung dan paru-paru berair kini tinggal bersama Rohani di Kampung Charuk Purun, Tawar, Kuala Ketil.

Tiga anak Roliza iaitu Nur Saffiya Irdina, 10, Nur Saffiya Elyana, 8, dan Noureen Mikayla, 3, turut dijaga Rohani, manakala anak bongsu Roliza berusia dua tahun dalam jagaan ahli keluarga lain.

Rohani berkata, selagi hayat dikandung badan, dia akan menjaga adik bongsunya itu dan tiga anak saudara sebaik mungkin.

"Hari ini Roliza agak lemah kerana baru lepas rawatan di hospital di Ipoh semalam.

"Dia juga kurang selera makan yang menyebabkan keadaannya jadi lagi lemah, tapi saya beri dia susu formula khas untuk nutrisi. Insya-Allah saya akan jaga mereka sebaiknya," katanya.

Harian Metro semalam melaporkan Nur Saffiya Irdina yang juga murid Tahun Empat menjaga ibunya yang menghidap kanser payu dara dengan akan menukarkan lampin pakai buang wanita itu sebelum dan selepas pulang sekolah, setiap hari.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rima-kasih-membantu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.081864 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list