CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1166|Reply: 14

[Politik] Beri peluang Anwar buat kerja

  [Copy link]
Post time 30-11-2022 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


SEJAK Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri, kita disajikan dengan sedikit demi sedikit kelainan dalam pentadbiran beliau yang sememangnya agak ‘melegakan’ rakyat.

Bermula dengan janji untuk tidak mengambil gaji Perdana Menteri, Anwar kemudian bertekad mahu fokus kepada isu kos sara hidup rakyat seawal hari pertama bertugas.

Bagi membuktikan pentadbirannya berhemah untuk elak pembaziran, Ahli Parlimen Tambun itu sekali lagi mendapat pujian rakyat kerana menolak menggunakan kereta Mercedes S600, sebaliknya lebih senang pandu kenderaan sedia ada di pejabat sahaja.

Terbaharu, beliau menegaskan kelulusan perolehan tanpa tender juga dipastikan tidak akan berlaku lagi kerana tidak mahu Kerajaan Perpaduan yang diketuai ‘dicop’ mengamalkan rasuah.

Walaupun belum sampai seminggu Anwar menerajui Kerajaan Perpaduan, namun keseriusan dipamerkan bagi mengubah beberapa sistem yang ‘rosak’ sangat jelas kelihatan dan sudah tentu ia memberi petanda gelombang perubahan akan berlaku di negara ini.

Penambahbaikan yang beliau lakukan sepatutnya diraikan dengan hati terbuka sebagai tanda kita memberi peluang dirinya ‘buat kerja’ selepas mendapat mandat rakyat Malaysia.

Namun, sebaliknya pula berlaku apabila ada pihak cuba menyulitkan keadaan dengan memainkan sentimen propaganda dan tohmahan terhadap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

Tidak cukup menggali isu lama, pihak tidak bertanggungjawab itu melancarkan serangan peribadi yang turut menyentuh diri dan keluarga Anwar, bertujuan membangkitkan kebencian rakyat terhadap dirinya.

Amat menyedihkan, tinggal sebulan sahaja lagi menuju ke tahun 2023, ada yang masih mahu mengamalkan politik kebencian tidak matang dan jumud, sama seperti kita masih di era 1970-an dan 1980-an.

Sepatutnya, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang sudah berlalu ditinggalkan dengan penuh memori manis dan masanya sudah tiba untuk rakyat move on.

Pemimpin sudah dilantik, kerajaan juga telah dibentuk. Jadi, kita beri sokongan kepada Kerajaan Perpaduan ini. Sekarang masa untuk fokus bangunkan bangsa dan negara, bukan cari salah sesiapa.

Untuk lima tahun ini, berilah peluang Anwar buat kerja. PRU16 nanti kita analisis semula.


https://www.sinarharian.com.my/article/233943/suara-sinar/lidah-pengarang/beri-peluang-anwar-buat-kerja

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2022 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Fahmi mesti menangis baca artikel ni...atau dia sendiri yg tulis...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Solokkk at 30-11-2022 10:47 AM

Bak kata panatik2 reformasi, shut up la, Pak Non tahu la buat keja. Tak boleh bagi pandangan sket
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Entahnyaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Politik malaysia skrg mmg penuh ngan kebencian...sapa yg semaikan amalan mcm tu? Dah tentu lah org2 atasan..  Kita yg bwh2 ni elok je hidup aman damai, kalo ada pun segelintir yg saja buat provokasi, saja nk usik sensitiviti org lain... If org atasan amalkan persefahaman, perpaduan...negara pun x kucar kacir ngan mcm2 mslh... Org2 politik bergaduh rakyat yg jadik mangsa.. Sbb tu aku x suka pentaksub politik..xyah nk jilat sgt, diorg kalo betul2 ikhlas berkhidmat diorg akan buat keja as per our expectation... Ni dpd dulu sampai skrg asik bertelagah je, bila masa nk buat keja?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 10:46 AM | Show all posts
ekselen replied at 30-11-2022 10:42 AM
Politik malaysia skrg mmg penuh ngan kebencian...sapa yg semaikan amalan mcm tu? Dah tentu lah org2  ...

Well said, entahnya.  Dok berlawan cakap tapi lupa yang rakyat memerhati lagi lima tahun akan nampak hasilnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2022 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Benda remeh jadi isu besar sbb skang ni pakat2 batak medsos.... Padahal isu pemakaian bagai tu isu kecil jer....

Org nk tgk kemampuan Bangnon buat reformasi dlm pentadbiran negara...

No more syarikat overnight dpt kontrak dari direct nego,  xder lantikan politik,  no more campurtangan dlm bidang kehakiman oleh executive,  asingkan AG dari pendakwaraya dll lg...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 11:31 AM | Show all posts
ekselen replied at 30-11-2022 10:42 AM
Politik malaysia skrg mmg penuh ngan kebencian...sapa yg semaikan amalan mcm tu? Dah tentu lah org2  ...

aku setuju sebab puak puak atasan ni semaikan vibe kebencian kat org bawahan demi kelangsungan kerjaya politik mereka. segelintir org bawahan/rakyat ni la yg jadi khadam percaya,jilat dan kipas mati pertahan kan Tuan mereka membabi buta. Tuan mereka happy happy aje dpt kuasa dan wang dan pangkat ( ini subjek tak khusus utk sesiapa tapi pada yg  ahli politik yg tak amanah sahaja).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2022 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
#jangangangu
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 30-11-2022 10:46 AM
Well said, entahnya.  Dok berlawan cakap tapi lupa yang rakyat memerhati lagi lima tahun akan namp ...

Tu lah...dok bergaduh x abis2..yg rakyat ni dok perati...nk pru dh buat, nk jawatan pm dah bg... Yg mslh rakyat ni x selesai2... Dah mcm tunggul dok tgk drama org2 atasan... Skrg kita tunggu je diorg buat keja...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Siput_Sawah replied at 30-11-2022 11:31 AM
aku setuju sebab puak puak atasan ni semaikan vibe kebencian kat org bawahan demi kelangsungan ker ...

Kannnn...sbb depa ni watak2 utama buat negara kucar kacir... Kita rakyat patut bersatu padu banteras golongan mcm tu... Bygkan yg atas2 bertambah kaya...yg bawah2 dok laaa bergaduh bekap yg atas sampai hilang akal buat keja xberfaedah, xdpt hasil pun...baikla keja je carik duit halal...hidup di alam realiti...


Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 11:10 AM | Show all posts
Bila belum menang, buat statement kutuk sana sini, kondem sana sini, personality assassin org itu ini, personal attack, mcm2...

Bila dah menang, tak bagi orang lain buat benda sama...

Aku bukan ckp perlu atau bagus buat semua tu, cuma kalau kita pun buat, tak perlu tuding jari kalau org lain pun buat...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 01:16 AM | Show all posts
let him do his job. we as rakyat berdoa agar sejarah pm pm yg corrupt sebelum ini tidak berlaku pada dia...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Langkah pertama jadi PM pun dah pincang
Aku xberharap lebih
Perati sajerlah
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 02:39 AM From the mobile phone | Show all posts
ally9970 replied at 1-12-2022 11:10 AM
Bila belum menang, buat statement kutuk sana sini, kondem sana sini, personality assassin org itu in ...

Aku setuju....mcm kata depa buat org boleh org tak boleh buat kat depa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.120087 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list