CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 274|Reply: 0

[Pulau Pinang] Mohd Hanif, sahabat yang sukar dicari

[Copy link]
Post time 29-11-2022 04:03 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Zulyadain yang kehilangan sebelah kaki akibat kencing manis dijaga rakannya, Mohd Hanif. FOTO Nur Izzati Mohamad

Tasek Gelugor: Tidak sampai hati melihat kehidupan rakannya yang tinggal bersendirian dengan sebelah kaki dipotong akibat kencing manis mendorong seorang lelaki mengambil tanggungjawab menjaga sahabatnya itu.

Mohd Hanif Othman, 33, yang masih bujang mengenali Mohd Zulyadain Mohd Radzi, 38, atau mesra disapa dengan panggilan 'Mat Jun' ketika mereka sama-sama bekerja di sebuah kilang dekat Bayan Lepas, dua tahun lalu.

Bagaimanapun ujian menimpa Mohd Zulyadain apabila kaki kanannya terpaksa dipotong akibat kencing manis kronik pertengahan tahun ini sehingga menyebabkan dia terlantar, sekali gus kehilangan kerja.


Mohd Hanif berkata, dia yang kasihan dengan nasib menimpa Mohd Zulyadain mengambil keputusan berhenti kerja bagi menguruskan rakannya itu, bahkan ibu bapanya turut merestui tindakannya.

"Saya sedih melihat Mat Jun (Mohd Zulyadain) yang tinggal seorang diri dalam keadaan dia seperti ini dan disebabkan itu, saya mahu membantu menjaganya, apatah lagi Mat Jun adalah seorang rakan yang sentiasa berada ketika saat susah dan senang.

"Ketika ini Mat Jun dalam kesusahan, jadi apa salahnya saya membantu kerana saya yakin esok jika saya susah pasti akan ada yang bantu saya," katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Jarak Atas, di sini, hari ini.

Dia berkata, pada mulanya dia menyewa di sebuah rumah pangsa di Permatang Pauh sebelum berpindah di Kampung Jarak Atas kerana mahu memudahkan Mohd Zulyadain kerana kediaman sebelum itu tiada lif dan sukar membawa rakannya mendapatkan rawatan di hospital.

Sementara itu, Mohd Zulyadain berkata, dia yang juga anak yatim piatu selepas kematian ibu bapa sangat berterima kasih atas keprihatinan rakannya yang sanggup menguruskan dirinya.

"Saya anak keempat daripada tujuh beradik dan berasal dari keluarga yang semuanya bukanlah orang senang.

"Namun adik beradik saya tidak mengabaikan saya yang mereka kerap datang ke sini melawat saya dan hulur bantuan mengikut apa yang mampu kerana masing-masing sudah berkeluarga.

"Memiliki seorang sahabat seperti Hanif amat melegakan saya kerana dia sangat memahami. Bayangkan dia bukan sekadar bantu mandikan saya, siapkan makan dan minum tetapi hinggakan najis saya juga dia sanggup cuci tanpa berkata apa-apa," katanya.

Menurutnya, dia sebelum ini memperoleh bantuan 'one off' sebanyak RM600 daripada Zakat Pulau Pinang (ZPP) dan kini dalam proses menunggu bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

"Saya harap dapat memperoleh bantuan dengan segera kerana tidak sanggup berterusan menyusahkan Hanif yang kini bekerja kampung dengan mengambil upah memotong rumput dan menebang pokok bagi mencari wang menguruskan saya.

"Pada masa sama, saya juga berharap ada pihak prihatin dapat membantu saya bagi mendapatkan kaki palsu supaya saya dapat berdikari dan menjaga diri saya sendiri kelak," katanya.

Bagi mereka yang ingin membantu boleh menghubungi Mohd Hanif di talian 016-3440453.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... t-yang-sukar-dicari

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.067097 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list