CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 262|Reply: 0

[Perlis] Tiga warga Thailand didakwa cuba seludup bahan subsidi diesel

[Copy link]
Post time 29-11-2022 01:35 PM | Show all posts |Read mode

SALAH seorang tertuduh dibawa masuk ke Kompleks Mahkamah Kangar, Perlis atas pertuduhan cuba membawa keluar bahan kawalan diesel ke Thailand. - UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD



KANGAR: Tiga lelaki warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan menjalankan penyeludupan bahan api bersubsidi diesel di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar pada 25 dan 26 November lalu.

Ketiga-tiga tertuduh mengangguk faham dan mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa kepada mereka di kamar berasingan.

Bagi pertuduhan pertama di Mahkamah Majistret 1, tertuduh, Theerapong Wongyai, 25, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Siti Norhasliza Md. Ali selepas didakwa memasukkan minyak diesel dengan kuantiti 69 liter ke dalam tangki asal kenderaan jenis Nissan Navara dengan tujuan membawa keluar bahan kawalan itu ke Thailand pada 26 November sekitar pukul 11.30 pagi. 

Untuk pertuduhan kedua dan ketiga, kes disebut di Mahkamah Majistret 2 dihadapan Majistret Ana Rozana Mohd. Nor. 

Tertuduh kes kedua, Anan Pusu, 28, didakwa cuba membawa keluar sejumlah 70 liter diesel dari Malaysia melalui jalan darat menggunakan kenderaan Toyota Hilux Vigo pada 25 November sekitar pukul 12.45 tengah hari di kompleks berkenaan.

Tertuduh ketiga, Amnuaprasit Chaiwichit, 42, yang ditahan pada pukul 11.40 pagi pada 26 November lalu pula didakwa cuba menyeludup keluar bahan diesel dan memasukkannya dalam tangki asal kenderaan Ford Ranger berkapasiti 41 liter untuk dibawa keluar dari Malaysia.

Ketiga-tiga tertuduh boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Hukuman dikenakan ke atas tertuduh adalah di bawah Subperaturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) 2011 dan boleh dihukum mengikut Perenggan 5 (a) peraturan sama.

Tertuduh kedua dan ketiga dibenar ikat jamin sebanyak RM10,000 setiap seorang dengan dua penjamin warga tempatan manakala tertuduh pertama tidak memohon jaminan mahkamah.

Tertuduh yang gagal melunaskan bayaran jaminan juga akan dibawa ke Pusat Koreksional Perlis sementara menunggu sebutan semula kes.

Mahkamah menetapkan sebutan semula bagi ketiga-tiga kes berkenaan pada 27 Januari ini sementara menanti serahan laporan kimia. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... han-subsidi-diesel/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.459067 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list