CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 501|Reply: 3

[Tempatan] Penang penyumbang terbesar kepada eksport bagi Oktober 2022

  [Copy link]
Post time 29-11-2022 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Eksport pada Oktober 2022 meningkat sebanyak RM17.1 bilion atau 15 peratus berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya, dengan Pulau Pinang menyumbangkan eksport tertinggi bernilai RM7.1 bilion.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah dagangan Malaysia pada Oktober 2022 bernilai RM245.2 bilion, meningkat 21.1 peratus tahun ke tahun, dengan nilai eksport RM131.6 bilion dan import bernilai RM113.5 bilion.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata prestasi eksport mengikut negeri menunjukkan eksport lebih tinggi juga dicatatkan oleh Johor (+RM4.8 bilion), Sarawak (+RM3.7 bilion), Wilayah Persekutuan Labuan (+RM1.7 bilion), Sabah (+RM1.4 bilion), Kedah (+RM1.0 bilion), Negeri Sembilan (+RM453.2 juta), Perlis (+RM43.5 juta), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (+RM41.8 juta), Melaka (+RM38.0 juta) dan Kelantan (+RM17.7 juta).

“Bagaimanapun, eksport menyusut di Selangor (-RM1.8 bilion), Terengganu (-RM581.2 juta), Perak (-RM404.6 juta) dan Pahang (-RM330.6 juta),” katanya dalam kenyataan mengenai Statistik Eksport Import Mengikut Negeri, Oktober 2022 pada Isnin.

Beliau berkata import pada Oktober 2022 juga meningkat RM25.6 bilion (+29.2 peratus) berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.
“Peningkatan import dipacu oleh import yang lebih tinggi oleh kebanyakan negeri iaitu Johor (+RM14.1 bilion), Selangor (+RM4.3 bilion), Melaka (+RM1.9 bilion), Kedah (+RM1.8 bilion), Pulau Pinang (+RM1.7 bilion), Sarawak (+RM929.3 juta), Negeri Sembilan (+RM353.0 juta), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (+RM164.6 juta), Pahang (+RM144.6 juta), Sabah (+RM107.8 juta), Kelantan (+RM39.8 juta) dan Perlis (+RM26.3 juta),” katanya.

Beliau berkata bagaimanapun, import berkurangan di Terengganu (-RM346.0 juta), Wilayah Persekutuan Labuan (-RM52.5 juta) dan Perak (-RM32.5 juta).

Mohd Uzir berkata antara lima negeri pengeksport utama, Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 29.6 peratus, diikuti oleh Johor (21.9 peratus), Selangor (17.1 peratus), Sarawak (9.0 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (4.3 peratus).

Sementara itu, bagi import,  Johor merupakan penyumbang utama dengan 28.0 peratus, diikuti oleh Selangor (24.0 peratus), Pulau Pinang (20.8 peratus), Kedah (6.5 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (5.7 peratus). – BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2022 03:37 PM | Show all posts
negeri2 lain whoareyussssss *fliphair
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 04:03 PM | Show all posts
Negri banyak pendatang asing, padan lar
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 04:11 PM | Show all posts
ye

terima kasih kepada kerajaan UMNO

wartakan kawasan perindustrian bebas cukai

ijazah bahasa Melayu pun kalau kau sepet boleh dapat kerja dekat Intel dulu

kalau setakat kuli2 Melayu takde syer tak payah tumpang bangga sangat la

know ur role as kuli

waaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahkah



Sarawak pun dah deal dengan melexis

tunggu je

tak lama lagi Sarawak pulak booming

kena buat2 baik dengan bdk2 Sarawak lepas ni

haaaaaaaaaaaaaaaa



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.063416 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list