CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 265|Reply: 0

[Pulau Pinang] Harga telur omega di Pulau Pinang RM19 sepapan

[Copy link]
Post time 29-11-2022 11:37 AM | Show all posts |Read mode

RAK di sebuah kedai di George Town hanya mempunyai bekalan telur omega yang dijual lebih mahal berbanding telur gred A, B dan C.


GEORGE TOWN – Bekalan te­lur ayam di negeri ini dikatakan masih tenat apabila para peniaga kedai hanya menjual stok telur omega.

Ini mengakibatkan pembuat kek terpaksa ‘melilau’ mencari ke beberapa buah kedai lain untuk mendapatkan telur gred A.

Tinjauan Kosmo! di enam premis peruncitan dan pemborong di Barat Daya dan Timur Laut di sini mendapati, hanya ada memasarkan telur ayam omega pada harga RM19 sepapan.

Peniaga juga dikatakan masih mengehadkan jualan sepapan telur untuk satu keluarga dan dua papan kepada pembuat kek.

Seorang pengusaha kek, Nur Hajar Salim, 32, berkata, sehingga semalam dia masih sukar untuk mendapatkan bekalan telur.

“Telur ayam yang dijual di kedai bahan membuat kek juga masih terhad selain mengamalkan konsep siapa cepat dia dapat.

“Jenuh mencari stok telur ayam gred A. Ada kedai hadkan hanya 10 biji telur, manakala ada kedai hanya dua papan telur untuk peniaga kek.

“Sudahlah tempahan kek semakin meningkat untuk majlis kenduri dan hari jadi, bekalan telur pula masih tenat,” keluhnya kepada Kosmo! semalam.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, Siti Ropidah Mahmud, 69, berkata, sepapan telur ayam gred B dijual pada harga RM15.60 di pasar awam semalam, manakala gred A mencecah sehingga RM19 sepapan.

“Harga telur dilihat berbeza sama sekali dengan di kedai borong iaitu gred A dijual RM13.50 sepapan, manakala gred C RM12.30. Namun, peniaga (kedai borong) pula mengehadkan kepada satu papan untuk satu ke­luarga,” tambahnya.
https://www.kosmo.com.my/2022/11 ... inang-rm19-sepapan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.265899 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list