View: 3051|Reply: 39
|
[Politik]
Ismail Sabri, Hishammuddin mungkin tak masuk Kabinet PM10
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mungkin tidak terpilih untuk menyertai Jemaah Menteri baharu Anwar Ibrahim, kata sumber.
Jika mereka terpilih, ia akan menjadi "kejutan yang hebat" walaupun Ismail dan Hishammuddin, masing-masing menjadi menteri sejak 2008 dan 1998, lebih berpengalaman dalam kerajaan berbanding kebanyakan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).
Menurut laporan FMT, kedua-dua pemimpin UMNO itu telah dilaporkan secara meluas mengambil pendirian menentang kerjasama parti mereka dengan Pakatan Harapan (PH).
"Jadi jika mereka dilantik menganggotai Jemaah Menteri, ia satu kejutan besar," kata sumber yang enggan dinamakan itu.
"Saya yakin malah penyokong Anwar yang paling kuat akan merasakan pelantikan Hishammuddin dan Ismail (dalam Jemaah Menteri) sesuatu yang membingungkan.
Dalam kerajaan pimpinan Ismail sebagai perdana menteri, Hishammuddin ialah menteri kanan bagi keselamatan dan menteri pertahanan.
Ketika berlakunya kebuntuan politik selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Hishammuddin berkata, beliau berpegang teguh pada pendiriannya menentang kerjasama dengan PH.
Katanya pada 21 November, beliau tidak akan mengubah pendiriannya dan sanggup dipecat daripada UMNO oleh pihak yang sebelum ini menganjurkan prinsip 'tolak Anwar, tolak DAP'.
Pada hari berikutnya, Ismail juga berkata beliau tidak akan bekerjasama dengan PH dalam apa juga keadaan, berikutan pengumuman BN untuk membentuk blok pembangkang Parlimen dan tidak menyokong mana-mana daripada dua gabungan yang bersaing untuk memerintah.
Bagaimanapun, BN selepas itu bersetuju menyokong kerajaan perpaduan yang akan ditubuhkan oleh Anwar, juga pengerusi PH, yang dilantik menjadi perdana menteri pada Khamis.
Timbul persoalan mengenai 10 Ahli Parlimen BN yang pada mulanya menyokong usaha Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan.
Difahamkan bahawa 10 Ahli Parlimen itu mendakwa mereka telah diperdaya oleh seorang pemimpin kanan Umno untuk menyokong PN.
"Jadi mereka (10 Ahli Parlimen) masih dalam pertimbangan (untuk disertakan dalam Jemaah Menteri). Tetapi pemimpin yang mengelirukan mereka harus bertanggungjawab," kata sumber itu.
Anwar dijangka menamakan anggota Jemaah Menterinya dalam masa beberapa hari. Beliau mengetuai kerajaan perpaduan yang terdiri daripada PH, BN, Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah, dengan sokongan Ahli Parlimen Muda, Warisan, Parti Bangsa Malaysia dan bebas. - FMT
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1032881/ismail-sabri-hishammuddin-mungkin-tak-masuk-kabinet-pm10 |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ok lah gitu dek. Tiada paksaan. Pencen PM jalan kan nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-11-2022 02:00 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Tetap dgn pendirian…bagus ada jati diri |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah tu entah2 memang dari awal nama pun tak dicalonkan pun |
|
|
|
|
|
|
|
bagus la takde dalam kabinet...ramai lagi layak |
|
|
|
|
|
|
|
Bagoossssss le... jgn bg muka puak umngok ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tukar2 lah semua muka baru
Asyik orang sama je
Harap wak jahit pun xde
|
|
|
|
|
|
|
|
takpe..xde mail,hisham..wak pon berguna...jugok. |
|
|
|
|
|
|
|
Cara halus nak naikkan penyelamat duniawi aka wak pornorogo lewtew |
|
|
|
|
|
|
|
besar sgt tu sampai orang boleh masuk dlm kabinet |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus lah pendirian mereka, ada prinsip |
|
|
|
|
|
|
|
BN menang - Naib Presiden Umno boleh jadi PM
BN kalah - Presiden Umno boleh jadi TPM |
|
|
|
|
|
|
|
mail lembab bagusla kl dah xjadi menteri. nak umum cuti sempena PRU pun amik masa seminggu lebih. tempat kerja aku asalnya xkasi cuti walaupun dkt selangor. |
|
|
|
|
|
|
|
Mail tu pejadah nak jadi menteri pun.dah jadi pm takkan nak downgrade menteri biasa.duduk diam2 udah |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau H20 kena pecat Dr UMNO ,ada tempat kena pemilihan semula ke? |
|
|
|
|
|
|
|
bagus lah...meluat pun dah tengok muka2 ancient ni dlm cabinet. sila retire |
|
|
|
|
|
|
|
Umno please lah pecat 2 orang pengkhianat ni. Useless craps. |
|
|
|
|
|
|
|
otai_g replied at 29-11-2022 03:17 PM
Cara halus nak naikkan penyelamat duniawi aka wak pornorogo lewtew
Isu kapal selam tu bawah sapa ya.. |
|
|
|
|
|
|
|
And what make them think that they may be in the cabinet line up?
Uker tak tahu malu kewww? |
|
|
|
|
|
|
| |
|