CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1771|Reply: 22

[Dunia] Protes Covid di China makin serius, rakyat muak dikurung

  [Copy link]
Post time 29-11-2022 09:11 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 29-11-2022 01:36 PM

BEIJING – Beratus-ratus orang memenuhi jalan-jalan raya di beberapa bandar utama di China kelmarin kerana membantah pelaksanaan sekatan ketat dasar sifar Covid-19 yang menyaksikan kemarahan rakyat terhadap pemerintah semakin meningkat.

Seorang demi seorang penduduk kota raya Beijing turun ke jalan-jalan pada malam yang dingin kelmarin selepas rakaman video protes tersebar di media sosial.



Dalam masa beberapa jam, ratusan penduduk berkumpul di tebing Sungai Liangma ketika suhu menghampiri takat beku. Menurut wartawan agensi berita AFP di lokasi kejadian, ramai penduduk memegang kertas putih kosong sebagai simbolik kepada penapisan yang dilaksanakan pemerintah.

Sebilangan mereka menyalakan lilin dan lampu di atas sebuah altar yang dibina. Penunjuk perasaan turut meletakkan jambangan-jambangan bunga  bersama sekeping nota bermaksud: “Untuk semua mangsa yang terkorban dalam kebakaran Urumqi pada 24 November (2022).”

Beberapa protes serupa tercetus di Shanghai  susulan insiden kebakaran yang membunuh 10 orang di Urumqi. Urumqi merupakan ibu kota wilayah Xinjiang, barat China.

Orang ramai menyalahkan perintah berkurung sebagai penyebab kepada kematian itu selepas perkhidmatan kecemasan gagal tiba di lokasi kejadian pada waktu sepatutnya.

“Kami semua penduduk Xinjiang! Bangkit, rakyat China! Hidup rakyat!” kata sebilangan peserta protes sambil berarak di tepi sungai.

“Saya berada di sini demi masa depan saya. Anda perlu berjuang demi masa depan.

“Saya tidak takut kerana kami tidak melakukan kesalahan atau melanggar undang-undang. Semua orang bekerja keras untuk hari esok yang lebih baik,” kata seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Tian.

Ada juga  penduduk yang secara terang-terangan menentang dasar sifar Covid sambil melaungkan slogan: “Katakan tidak kepada ujian asid nukleik, kami mahu makanan.”

Seorang wartawan AFP berkata, polis cuba meleraikan tunjuk perasaan sejurus sebelum pukul 10.30 malam (waktu tempatan), namun disambut dengan sorakan “Jangan undur.”

Ramai daripada mereka memilih untuk kekal berada di situ dengan kenderaan lalu-lalang membunyikan hon sebagai tanda sokongan.

Sekitar pukul 1.45 pagi (waktu tempatan), kira-kira  100 anggota polis tiba dan bergerak ke arah orang ramai, menyebabkan ada yang mula meninggalkan lokasi protes.

Namun, kira-kira 100 orang masih kekal berdiri di bawah sebuah jambatan dengan ada yang meluahkan kemarahan kepada polis sebelum mereka bersurai selepas pasukan polis separa tentera tiba sekitar 15 minit kemudian.

Strategi sekatan ketat Covid-19  di China telah mencetuskan kemarahan orang awam, dengan ramai yang semakin muak dengan perintah berkurung berterusan, tempoh kuarantin yang lama serta saringan Covid-19 besar-besaran.

Sementara itu, protes turut tercetus di beberapa bandar lain seperti Shanghai, di mana polis dilaporkan bertempur dengan kumpulan penunjuk perasaan sehingga ada yang ditahan.

Di bandar Wuhan pula, beberapa penstriman secara langsung di media sosial telah ditapis oleh pemerintah. Ia menunjukkan orang ramai berarak di jalan-jalan raya sambil menyorak dan merakam demonstrasi tersebut.

Beberapa video yang dikatakan dirakam di bandar-bandar utama lain seperti Guangzhou dan Chengdu turut  tular di media sosial malam kelmarin, namun AFP tidak dapat mengesahkan kesahihan video tersebut.

https://www.kosmo.com.my/2022/11/29/protes-covid-di-china-makin-serius/


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2022 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
nyaman travel kali ni sbb ummah PRC tada lg hahaah.. or else faham2 sendiri lah camne bawak culture PRC
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 10:49 AM | Show all posts
Deme tak bosan ker duk ngan CCP bertahun2? Tak reti nak berubah ker, setan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 10:52 AM | Show all posts
Bedah.Cun replied at 29-11-2022 10:49 AM
Deme tak bosan ker duk ngan CCP bertahun2? Tak reti nak berubah ker, setan?

bangsa ni la yang paling kuat herd mentaliti dia bedah

sama macam jepun

yang berubah ikut individu

contoh kat Malaysia ni

michael ang

waaaaaaaaaaaarghkahkahkahkah


Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 10:53 AM | Show all posts
Gilo.. zero covid.. almost impossible nak capai tu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 10:54 AM | Show all posts
patut la ada berita kat Malaysia ni tak berambus balik ke negara asal

kat Malaysia ni pulak

ada sebilangan tongong suka PKP bodoh ittewwwwwww

habis ramai kena buang keje

mmg dasar pemalas

siap citer kat raungan komen

"iols suka PKP"

ni mesti pengundi2 mudin ni

dasar pemalas lagi PKNS loh!!!!!!!!!

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2022 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Vaksin luar tak nk terima. Mendapat le degil negara fascist dek. PAS nk buat gini lah dek..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 12:25 PM | Show all posts
Bedah.Cun replied at 29-11-2022 10:49 AM
Deme tak bosan ker duk ngan CCP bertahun2? Tak reti nak berubah ker, setan?

nak bosan apa sis. mereka dh di brain wash. tiktok mereka semua kandungan yang tiada unsur barat. tiada justin bibir, tiada britney spank , tiada tiger show
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2022 12:34 PM | Show all posts
Kebakaran di Urumqi buat ramai hilang sabar.  Sebelum tu oleh pekerja2 kilang iphone.  Mana mereka tak makin bimbang mangsa kebakaran dibiarkan terbakar hidup2 nak selamatkan diri tak boleh sebab pintu rumah mereka di sita dengan wire dari luar.  Kesian tengok isteri mangsa lihat kesan kebakaran dirumahnya tu kesan struggle si suami nak selamatkan diri jelas kelihatan didinding rumah yang terbakar tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 12:50 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 03:55 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 28-11-2022 04:25 PM
nak bosan apa sis. mereka dh di brain wash. tiktok mereka semua kandungan yang tiada unsur b ...

Roper nyer pun dah sepaten, haper lar nak jadik dengan deme neh
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
hanya rakyat mesia je yg xmuak dikurung
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 04:03 PM | Show all posts
perintah berkurung ni dia jadi tak gemor , bila tengok kayangan lain boleh terbang dengan girang tanpa masalah
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Habislah dino kena beli iphone made in india
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 05:26 PM | Show all posts
eh dah bape lama dorang kena kurung ni? wfh lama jgk tu....bosannya
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
"Aku tak rela lockdown!"

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2022 05:32 PM | Show all posts
Cina DAP tak bagi sepatah dua kata ka?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 05:39 PM | Show all posts
video kene gelek tu bukan kat China tapi kat Tacoma tahun lepas


Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
lantak korg la. janji nk jenjalan aman sikit tak group prc
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada apa ngan mainland..apa dorang cuba buat nak tunjuk akt dunia dan kat rakyat dorang sebenarnya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.539822 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list