CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1837|Reply: 27

[Tempatan] Negara tidak akan berubah jika 'kluster makamah' masih diberi jawatan

  [Copy link]
Post time 29-11-2022 08:41 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 29-11-2022 01:33 PM

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ahli Parlimen yang sedang menjalani pendakwaan di mahkamah ke jawatan dalam kabinet tidak seharusnya berlaku.

Jurucakap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) berkata, perkara itu perlu direalisasikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar ia tidak menjejaskan integriti kerajaan dan mencemarkan reputasi negara.

Menurut beliau, BERSIH bimbang dengan desakan sesetengah pihak yang mahu kerajaan mempertimbang jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) untuk Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Zahid masih dalam perbicaraan untuk 47 pendakwaan jenayah pecah amanah Yayasan Akalbudi.

"Walaupun telah dibebaskan daripada 40 tuduhan Rasuah skim visa VLN oleh Mahkamah Tinggi pada 22 September lalu, namun pendakwa telah mengemukakan rayuan untuk kes berkenaan,” katanya, hari ini.

Jelas jurucakap itu, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar juga tidak boleh dilantik dalam Kabinet sehingga kes mereka selesai sepenuhnya tanpa sebarang campur tangan Eksekutif melalui Jabatan Peguam Negara.

BERSIH katanya, turut menggesa semua parti komponen di bawah kerajaan perpaduan agar tidak menamakan individu yang sedang dibicarakan di mahkamah untuk proses pembentukan Jemaah Menteri.

"BERSIH berpandangan, sehingga pihak pendakwaan dan kehakiman benar bebas daripada pengaruh politik, wakil rakyat yang masih mempunyai kes mahkamah (tetapi) mengambil jawatan eksekutif adalah langsung tidak boleh diterima.

"Ini kerana sebarang pembebasan akan dilihat sebagai pemberian pengampunan kepada mereka, sekalipun jika secara meritnya mereka layak dibebaskan," katanya.

Tegas jurucakap itu, pelantikan terbabit sekiranya masih dilakukan, akan melumpuhkan keyakinan rakyat terhadap Jabatan Peguam Negara dan badan kehakiman.

Kerajaan katanya, harus melakukan reformasi ke atas Jabatan Peguam Negara dengan memberikan kuasa mendakwa kepada Jabatan Pendakwaraya yang bebas.

"Sebagai langkah segera, peranan pendakwa perlu dipindahkan sementara kepada Peguam Cara Negara iaitu jawatan kedua yang tidak politik di Jabatan Peguam Negara bagi memastikan pendirian neutral terhadap semua kes yang sedang berjalan.

"Ini terutamanya melibatkan ahli politik. Pengurusan semua kes ini tidak boleh dijadikan alat tawar-menawar untuk pembentukan kerajaan atau Kabinet,” katanya

https://www.getaran.my/artikel/semasa/36026/jangan-lantik-kluster-mahkamah-dalam-kabinet-jika-tidak-mahu-integriti-malaysia-tercemar

Berita terkait...

Pembentukan Kabinet baharu di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim harus bersih daripada mereka yang terbabit dengan kes mahkamah.

Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata adalah lebih baik untuk tidak melantik individu yang mempunyai kes mahkamah berterusan menganggotai Kabinet supaya tiada sebarang isu bakal berbangkit.

"Saya rasa situasi terbaik dan ideal adalah untuk tidak meletakkan mereka (ada kes mahkamah) dalam Kabinet kerana saya berasa ini isu yang sering ditekankan oleh rakyat sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 dan kali ini ialah rasuah.

"Mungkin ada kes mahkamah yang sedang berjalan, tetapi bagi saya definisi (Kabinet) sepatutnya bersih sebersihnya daripada sebarang tuduhan apabila diamanahkan memegang jawatan itu.

"Apabila kita mentadbir, kita perlu meletakkan penanda aras yang tinggi dalam aspek integriti dan rasuah," kata Ahli Parlimen Setiawangsa itu dalam bual bicara bertajuk 'Kabinet Bayangan Anwar Ibrahim', semalam.

Beliau berkata, terdapat ramai Ahli Parlimen daripada setiap parti dalam kerajaan perpaduan pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang boleh memegang jawatan kanan dan menteri serta jawatan Timbalan Perdana Menteri.

"Kita perlu meletakkan standard yang tinggi supaya mempunyai menteri yang benar-benar layak dan timbalan menteri yang terbaik untuk membantu mereka selain mengiktiraf kemampuan penjawat awam juga," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1032193/kabinet-harus-bersih-tiada-individu-terbabit-kes-mahkamah-nik-nazmi



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2022 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Setuju ini Kali dgn bersih
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Erkkk, panatik2 reformasi cakap shut up la. Tahu la Pak Non buat keja .
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 11:24 AM | Show all posts
siapa lak bersih ni??

bertanding pilihanraya tak nak banyak bunyi pulak

kau pegi jela bela bdk2 gay pondan pedo etis berkulop tengah melangut takde keje tu

prfffffffffffffffffffght

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 11:36 AM | Show all posts
SETUJUUUU SANGAT..x paham napa la nama ZH tu masih lagi disebut2 utk dilantik sbg menteri huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 11:58 AM | Show all posts
sian kelater makamah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2022 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
pusing2 camtu la sampai abang jamil mampus
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 12:40 PM | Show all posts
Ponorogo tersenyum sinis

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2022 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 wak jahit dilantik jd mntri undang2, supaya senang clearkan kes sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 29-11-2022 12:42 PM
Harap2 wak jahit dilantik jd mntri undang2, supaya senang clearkan kes sendiri

Binawe, hahaha…
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak tak harap sgt Bang Non dek. Jap lagi ada la slack nye tu.. dgn lebai2 dok meroyan sakan masih takleh move on susah la dek negara ni dek. Byk sgt langau2 nk bercakap..kerja nan hado!
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 02:11 PM | Show all posts
cmne bang non nak setelkan ehhh
tertanya2 lak aku
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 04:13 PM | Show all posts
sibuk la bersih ni. sukati pm la. ko ke dia pm. opkos la aljuburi pm
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 04:26 PM | Show all posts
Edited by rashiman at 29-11-2022 04:55 PM
sangbara2020 replied at 29-11-2022 02:11 PM
cmne bang non nak setelkan ehhh
tertanya2 lak aku

pening jugak tu...bekas kluster mahkamah nak setelkan kluster mahkamah...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
bagi jawatan pun blom
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 04:57 PM | Show all posts
rakyat kena terima ajelah apa pilihan PM untuk barisan kabinetnya sebab rakyat pun telah memilih bekas kluster mahkamah sebagai PM..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2022 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemberi rasuah pun perlu dibersihkan... Baru both ways boleh klean klean
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Whoryus bersih? bersih shut up, Pak Non tahu la buat keja, kata panatik2 reformasi
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 10:50 AM | Show all posts
rashiman replied at 29-11-2022 04:26 PM
pening jugak tu...bekas kluster mahkamah nak setelkan kluster mahkamah...

banduan la noks.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 11:04 AM | Show all posts
betul la tu..selagi menumbulkan keraguan dan x terbukti lagi x bersalah. patutnya kluster mahkamah ni pun x patut join PRU
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.349019 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list