CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 274|Reply: 0

[Kedah] 14 Geng Moto Binjal ditahan kerana buat bising

[Copy link]
Post time 29-11-2022 08:38 AM | Show all posts |Read mode

SEBAHAGIAN remaja lelaki Geng Moto Binjal ditahan dalam operasi di Kampung Binjal, Asun. FOTO Ihsan PDRM.

Jitra: Sekumpulan remaja yang dikenali sebagai Geng Moto Binjal ditahan polis dalam serbuan di Kampung Binjal, Asun, di sini hari ini kerana dipercayai membuat bising menggunakan motosikal yang diubah suai sehingga mengganggu ketenteraman penduduk.

Kesemua mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, dalam operasi bermula jam 5 petang hingga 6.45 petang tadi, seramai 14 remaja lelaki dibawa ke IPD Kubang Pasu kerana dipercayai melakukan pelbagai kesalahan trafik.


Beliau berkata, operasi diketuai Asisten Superintendan Mohd Juhaisam Jusoh bersama pasukan dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Kubang Pasu itu dilakukan berdasarkan maklumat awam yang diterima.

"Antara kesalahan yang dikesan adalah mengeluarkan ekzos bising motosikal dengan membuat bising dalam kawasan kampung, tiada nombor pendaftaran, nombor pendaftaran 'fancy' serta tiada lesen serta cukai jalan.

"Kesemua remaja yang dibawa ke IPD Kubang Pasu berusia antara 13 hingga 18 tahun," katanya di sini hari ini.

Rodzi berkata, kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan keluarga masing-masing.

Dalam pada itu katanya, 10 buah motosikal disita dan 69 saman dikeluarkan kerana terbabit dengan pelbagai kesalahan.

"Sehubungan itu, pihak IPD Kubang Pasu menasihatkan orang awam supaya menyalurkan dan berkongsi maklumat kegiatan aktiviti bermotosikal ini supaya kegiatan itu dapat dibanteras dari masa ke semasa.

"Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat melalui emel copskpasu@rmp.gov.my untuk memudahkan kami mengambil tindakan berdasarkan aduan yang diterima," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kerana-buat-bising

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.120692 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list