PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelaskan tempahan kereta jenis Mercedes S600, yang dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum ini, sempat dibatalkan.
Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, pihaknya sudah membuat semakan terperinci dan mendapati tempahan kereta mewah itu boleh dibatalkan.
Presiden PKR itu lebih selesa dengan hanya menggunakan kereta jenis Toyota Camry bagi semua urusannya.
"Kereta Mercedes tak sampai...saya pakai kereta ini (Toyota Camry) okay kan? Mana-mana kereta yang ada.
"Sebenarnya, ia (Mercedes) dipesan oleh Perdana Menteri yang lalu tapi saya semak, tengok boleh tak batal. Sempat batal," katanya kepada pemberita sebelum beliau meninggalkan ibu pejabat PKR, di sini, sebentar tadi.
Terdahulu, Anwar mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH, yang turut dihadiri pemimpin utama pakatan itu, antaranya Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
Semalam, Anwar melalui catatan di media sosialnya, mengakui menolak daripada menggunakan kereta jenis Mercedes S600, yang dibeli dan diperoleh JPM sebelum beliau memasuki pejabat.
Perdana Menteri dilaporkan berkata, langkah itu diambil kerana beliau tidak mahu sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atasnya.
Post time 29-11-2022 06:40 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Perwira2022 at 29-11-2022 06:43 AM
Dia macam 2018...
Awal2 menang PRU 14, semua pakat excited tengok kezuhudan Mat Sabu... Menteri pertahanan duduk rumah teres.. Naik kete kancil.... Wowww, marheinnyaa...
Hari berlalu...
Rakyat mula sense sesuatu. Menteri badut ni tak reti buat kerja rupanya. Keje asyik masak kari kepala ikan. Paling hampir dengan ketenteraan pun adalah dia tersengih kegembiraan main payung terjun. Di parlimen pulak keje dia dengan bangganya dedahkan aib & kelemahan aset pertahanan negara sendiri.
Kemuncak penyesalan rakyat dan kemaluan besar pengundi PH, Mat Sabu memalukan negara dengan ucapan tak sekolah elephant fight elephant beliau di pentas antarabangsa.
Tiada lagi kekaguman rakyat terhadap aksi aksi marhein seorang menteri.... Menyesal dan menyampah menguasai rakyat. Lega sangat apabila Atok menbubarkan kabinet sendiri. Tak sempat Mat Sabu khatamkan belajar buku teks English darjah 2 cucu dia.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 29-11-2022 07:24 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kite tengok je laa adakah wayang semata atau mmg betul-betul prinsip utamakan rakyat .. baru je beberapa hari… si nobita masa mula2 dulu pun sama gak, naik flight ekonomi class je dulu..
harapnye betul la utamakan rakyat yeee bang non…