CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 243|Reply: 0

[Politik] 'Saya perlu dengar pandangan semua pihak, Kabinet akan dikecilkan'.

[Copy link]
Post time 28-11-2022 09:06 PM | Show all posts |Read mode
'Saya perlu dengar pandangan semua pihak, Kabinet akan dikecilkan'.


Anwar meninggalkan ibu pejabat PKR selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden PH. - NSTP/Saifullizan Tamadi



PETALING JAYA: Pembentukan Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan akan dimuktamadkan dalam kadar segera selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendengar pandangan semua pihak termasuk parti yang membentuk kerajaan berkenaan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, pihaknya perlu mengambil sedikit masa susulan pembentukan Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai saiz lebih kecil.

Beliau berkata, ia perlu dilakukan secara teliti dan pihaknya tidak sanggup pembentukan Kabinet sekadar hanya mengisi kuota.

"Sesegera mungkin seperti mana yang saya sebut, tidak seperti biasa, Kerajaan Perpaduan ini membabitkan banyak parti.

"Jadi sebelum membuat keputusan, saya mesti dengar semua pandangan dan kemudian masalahnya kerana Kabinet dikecilkan.

"Kalau dulu masuk saja, 50, 60, 70 (jumlah menteri) okay...tak cukup lagi (walaupun jumlah ramai, lantik pula) duta khas, penasihat khas, saya tidak sanggup berbuat begitu," katanya kepada media, hari ini.

Terdahulu, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden PH, di sini.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... net-akan-dikecilkan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.413134 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list