View: 3916|Reply: 61
|
[Politik]
Bukan hanya Anwar, Ismail pun tolak guna kereta rasmi baharu malah terus tinggal di rumah peribadi
[Copy link]
|
|
Ismail Sabri Yaakob juga terus tinggal di rumah peribadi dan memilih untuk tidak berpindah ke Seri Perdana, walaupun telah indah diubahsuai,’ kata bekas pengarah bahagian komunikasi pejabat perdana menteri, Ruhaidini Abd Kadir. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Keputusan Perdana Menteri ke-10, Anwar Ibrahim menolak menggunakan kenderaan rasmi baharu bukanlah perkara luar biasa kerana perkara yang sama pernah dilakukan oleh Ismail Sabri Yaakob.
Perkara itu didedahkan bekas pengarah bahagian komunikasi pejabat perdana menteri, Ruhaidini Abd Kadir yang memberitahu, bekas perdana menteri itu menolak untuk menggunakan kenderaan kalis peluru yang disediakan kerajaan untuk beliau.Sepanjang bergelar perdana menteri, Ismail lebih selesa menggunakan kenderaan jenis MPV yang telah digunakan oleh pentadbiran terdahulu.
“Bahkan, Ismail Sabri juga enggan meluluskan permohonan untuk mengubahsuai pesawat khas (Perdana 1) bagi kegunaan rasmi perdana menteri,” katanya dalam satu hantaran di Facebook bertajuk “Di Sebalik Nama Ismail Sabri”.
Menurutnya, Ismail juga terus tinggal di rumah peribadi dan memilih untuk tidak berpindah ke Seri Perdana, meskipun kediaman rasmi perdana menteri telah indah diubahsuai.
Anwar sebelum ini berkata tiada pembelian kereta rasmi baharu untuk kegunaannya dan sebarang ubah suai pejabatnya bagi mengelak pembaziran di bawah pentadbirannya.Beliau juga dilaporkan menolak untuk menggunakan Mercedes S600 yang telah dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk kegunaan rasmi perdana menteri sebelum beliau memasuki pejabat.
“Langkah tersebut diambil kerana saya tidak mahukan sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atas saya,” katanya.
Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10 pada Khamis lalu selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional dan parti blok Borneo. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha....pak mael tak heboh2 pun.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau duduk rumah sendiri ada tambahan elaun kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Mail tau buat jerih pindah tak lama lepas tu kena keluar pulak
|
|
|
|
|
|
|
|
kan semua dah takut ada hantu rambut kembang
tunggu yang ada telur je lah pindah masuk
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian pulak tgk gambar Pak mail Tu..kn game kaw2 di wak jahit |
|
|
|
|
|
|
|
Punat_button replied at 28-11-2022 06:32 PM
kan semua dah takut ada hantu rambut kembang
tunggu yang ada telur je lah pindah masuk
Aku pon rasa mcm tu. Robohkan je laaa buat maahad tahfiz. |
|
|
|
|
|
|
|
... ada orang buat baik diam diam
ada yg suka canang canang
dia lah yg thorbaik |
|
|
|
|
|
|
|
Penjilat nwart gigih bersokor ke hulu ke hilir |
|
|
|
|
|
|
|
ina_na replied at 28-11-2022 06:39 PM
Kesian pulak tgk gambar Pak mail Tu..kn game kaw2 di wak jahit
tu...la pandai wak bersinetron..tah2 dia dr 'sana'...kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Senyap2 baru la betul. Kalau dok hebah sendiri, humble brag namanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Pm Britain punya rumah kat atas office diorang tu je . Tepi jalan biasa je 10 Downing Street |
|
|
|
|
|
|
|
Pak Mael team pintu blkg xlayak duduk sri perdana. Dsai dipilih majoriti rakyat sebaiknya duduk di Sri Perdana dekat dgn opis sbb byk kerja nak buat dgn pantas |
|
|
|
|
|
|
|
immi replied at 28-11-2022 07:06 PM
Pak Mael team pintu blkg xlayak duduk sri perdana. Dsai dipilih majoriti rakyat sebaiknya duduk di S ...
Bila masa dia dipilih majoriti rakyat? Habaq mai? Kusi dia tak cukup pun. Habaq mai? |
|
|
|
|
|
|
|
jadi time siapa mercedes tu order |
|
|
|
|
|
|
|
cara kasar nak agak kita kena estimate berapa lama amik masa nak siapkan kereta tu sbb kereta mcm tu made to order...lepastu kena tambah lagi masa sbb ada sessi penilaian dan perbincangan spec... |
|
|
|
|
|
|
|
biarla depa terjun dgn taik2nya.. skrg bunga masing-masing tgh wangi walaupun bergabung dgn parti rasuah & perosak Malaysia selama 60 thn..tggu bila sponsor2 nak balik modal, baru real kicker
|
|
|
|
|
|
|
|
Datang dah Edisi compare-mengompare |
|
|
|
|
|
|
|
Bagusla semua menteri mengaku masing2 dah start x nk mkn duit |
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren replied at 28-11-2022 07:19 PM
jadi time siapa mercedes tu order
Persoalan dia
1) siapa yg order
2) siapa yg dpt tender supply kereta tue
Agaknya direct order atau guna 'konsultan' utk order yer. Kalau mcm kapal selam & jet dulu tue jd konsultan pun dah dpt byk komisyen. |
|
|
|
|
|
|
| |
|