CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 693|Reply: 6

Penternak Rugi RM20,000, 7 Lembu Mati Dipanah Petir

[Copy link]
Post time 28-11-2022 05:28 PM | Show all posts |Read mode
"Ketika hendak mengambil wuduk untuk menunaikan solat Maghrib, saya sudah berasa tidak sedap hati.


"Saya berasa bimbang apabila mengingatkan keselamatan ternakan lembu yang dilepaskan di sekitar kandang petang semalam kerana ketika itu hujan lebat diikuti dengan petir yang kuat", kata Ab Lah Mat Isa, 69.




Penternak lembu rugi RM20,000 selepas tujuh lembu miliknya dipanah petir. FOTO Ihsan Pembaca.





Ab Lah berkata, seorang penduduk yang kebetulan melalui kawasan kandang lembunya dan menghubunginya pada waktu Subuh dan memaklumkan mengenai kejadian lembunya mati di panah petir.


Warga emas terbabit mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM20,000 apabila tujuh ekor lembu ternakannya mati dipanah petir di Kampung Serunai, Mela dekat sini, petang semalam.


Kejadian itu dipercayai berlaku pada 7 malam ketika hujan lebat diikuti dengan petir yang kuat berdekatan kandang lembu di kampung terbabit.


Menurut Ab Lah, dia bergegas ke kandang itu dan terkejut apabila menemui bangkai lembu ternakan bergelimpangan tidak jauh di antara satu sama lain.


Katanya, kemungkinan tujuh ekor lembu yang mati dipanah petir itu berkumpul sambil berlindung di bawah pokok ketika hujan lebat dan petir itu berlaku.


"Kejadian seumpama itu merupakan pertama kali berlaku sejak saya menternak lembu kira-kira 20 tahun lalu.


"Kebiasaannya pada setiap petang saya akan pergi ke kandang untuk menjenguk dan mengawal ternakannya supaya tidak berkeliaran jauh dari kawasan lain, tetapi pada petang semalam tidak pergi ke situ kerana hujan sangat lebat," katanya.




Sumber: Harian Metro








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2022 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Adat meniaga.. ade masa rugi ade masa untung besar ade masa takde untung.. bersabar ajelaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 08:20 AM | Show all posts
sedih ya
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Adakah karma sbb berniaga terlalu mahal ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian..
Iols bersimpati dgn kerugian yang ditanggung
Harap.lembu tu btol2 sekitar kandang dan tak ganggu jalan.awam.lah...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 03:52 PM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun....berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.   Semoga tabah dan redha.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2022 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 29-11-2022 09:37 AM
Kesian..
Iols bersimpati dgn kerugian yang ditanggung
Harap.lembu tu btol2 sekitar kandang dan tak g ...

At one point kita kutuz shalijat lembu kondo yg bela lembu dlm kondo(indoor)nyer kheunz?

Anyway Nenaz punya lembu yg tiap malam tidur bersebelahan, sihat?





Lariiiiiiiiikkk

Kahkahkahkah

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.274123 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list