CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 353|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kerana bertubuh tinggi, Nur Syahirah sukar temui jodoh

[Copy link]
Post time 28-11-2022 05:06 PM | Show all posts |Read mode

NUR Syahirah yang berketinggian 186 sm menyerahkan kepada Allah menentukan urusan jodohnya. FOTO Ihsan Nur Syahirah.

Kuala Lumpur: Bertubuh tinggi lampai apatah lagi memiliki badan langsing sering dianggap kelebihan buat wanita, namun tidak buat Nur Syahirah Saufi yang tular di media sosial.

Wanita berusia 25 tahun ini mengakui kelebihannya yang satu itu ibarat 'masalah' kerana dia bukan hanya diejek dengan pelbagai gelaran, bahkan mengalami kesukaran mencari pasangan hidup.

Dilema Nur Syahirah berikutan ketinggiannya 186 sentimeter (sm), yang menyebabkan kebanyakan lelaki yang mahu didekati terkejut.

"Diakui memang susah nak mencari pasangan, apatah lagi kalau nak yang sama (ketinggian) atau lebih tinggi, susah nak jumpa.

"Apabila saya mula berkenalan dan beritahu tinggi 186 sm, mereka terkejut. Ada okay, ada yang tak berminat, tidak kurang juga yang awal-awal beritahu hanya mahu berkenalan sebagai kawan sahaja, tidak lebih daripada itu.

"Bagi segelintir orang mungkin boleh terima pasangan mereka lebih tinggi daripada lelaki, tapi ada yang tak berkenan. Jadi dalam kes saya, untuk mencari pasangan susah sikit," katanya ketika dihubungi.


AHLI keluarga Nur Syahirah yang rata-ratanya tinggi. FOTO Ihsan Nur Syahirah.

Anak jati Kelantan itu berkata, dia bukanlah cerewet hingga enggan menerima calon suami pendek daripadanya, namun mempunyai cita rasa dalam memilih pasangan hidup.

"Boleh pilih lelaki rendah tapi tidaklah beza sangat (ketinggian), cuma itu pun susah juga.

"Bagi kebanyakan lelaki, 186 sm ini sangat tinggi untuk perempuan... kalau lelaki, itu normal," katanya.

Bagaimanapun, Nur Syahirah tetap bersyukur dan reda dengan setiap ketentuan Ilahi.

Katanya, dia menyerahkan urusan jodoh kepada Allah SWT dan berharap pasangannya nanti dapat menerima setiap kelebihan dan kekurangan dirinya.

"Misalnya, kalau jodoh saya itu lebih rendah (pendek) daripada saya, orang kata murah rezeki. Jadi, saya terima apa yang ditentukan Allah," katanya.

Harian Metro sebelum ini pernah melaporkan kisah Nur Syahirah dan tiga adik-beradiknya, Mohd Saiful Hakim, 29; Nur Syazwani Najihah, 15; dan Nur Syasya Nazifa, 13; yang tinggi lampai.

Ketinggian mereka yang berbeza daripada kebanyakan orang didorong genetik ibu, Rahimah Yunoh, 50, yang tingginya mencecah 171 sm.

Namun, di sebalik kelebihan itu, mereka turut mengalami sindrom Marfan yang sering dialami orang bertubuh tinggi, dengan risiko masalah jantung, paru-paru selain masalah rabun.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... h-sukar-temui-jodoh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.055111 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list