CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1712|Reply: 22

[Politik] Sokongan Ahmad Zahid kepada Anwar ‘pukulan ajaib’ untuk UMNO – Mohd. Sharkar

  [Copy link]
Post time 28-11-2022 04:46 PM | Show all posts |Read mode
Sokongan Ahmad Zahid kepada Anwar ‘pukulan ajaib’ untuk UMNO – Mohd. Sharkar

https://www.utusan.com.my/nasion ... -umno-mohd-sharkar/

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
28 November 2022, 4:00 pm


MOHD. SHARKAR SHAMSUDIN

KUANTAN: Kerjasama antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan Persekutuan merupakan ‘pukulan ajaib’ digerakkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagi menyelamatkan parti tersebut.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin menegaskan, UMNO akan berperanan kecil jika berada di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana dilihat sebagai parti jumlah kerusi terendah dalam gabungan tersebut.

“PH hanya memperoleh 11 peratus jumlah sokongan Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Dengan sokongan UMNO kepada PH, Ahmad Zahid memastikan hak Melayu dan Islam sebagai agama Persekutuan akan dilindungi oleh UMNO dalam kerajaan baharu. Rakyat mengharapkan UMNO sebagai pelindung hak Melayu, Raja Berperlembagaan dan agama Islam.

“Pendirian awal UMNO untuk menjadi pembangkang tidak akan memberi petanda yang baik kepada parti. Kita mempunyai 191 ketua bahagian yang perlu disokong dengan berada dalam kedudukan yang kuat iaitu berada dalam kerajaan. Ketua-ketua bahagian tersebut memerlukan sokongan badan kerajaan untuk berkhidmat kepada akar umbi.

“Tiada sebab untuk bersikap egois dan hilang kepercayaan terhadap orang dalam parti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Sharkar berkata, menerusi kerjasama bersama PH dan mengambil peranan penting dalam kerajaan, UMNO akan dapat mengembangkan kekuatannya untuk menjadi pangkalan kuasa Melayu dan berusaha untuk meraih semula kemenangan pada PRU16.

“Visi Presiden untuk masa depan UMNO mesti difahami oleh setiap pemimpin dalam parti. ‘Pukulan ajaib’ Ahmad Zahid dalam mengawal situasi telah menyelamatkan UMNO itu sendiri,” katanya.

Beliau dalam pada itu menggesa pemimpin UMNO untuk bermuhasabah dan bertanya dengan diri sendiri sejujurnya kenapa dan bagaimana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas menang besar dalam PRU15, Sabtu lalu.

“Ini kerana mereka berada dalam barisan kerajaan dan mempunyai kedudukan yang kukuh, tiada siapa dapat menafikan ini. Walaupun Perdana Menteri sebelum ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berbuat baik dengan tidak memecahkan parti mereka seperti mana Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin lakukan kepada UMNO.

“Difahamkan Muhyiddin menolak senarai asal Ahmad Zahid dan menamakan yang lain. Perbuatan ini menyebabkan perpecahan dalam UMNO. Marilah kita membuka lembaran baru dan ayuhlah bersatu kembali sekali lagi dengan memberi sepenuh sokongan kepada Presiden untuk menerajui parti kita,” katanya. – UTUSAN

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2022 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sangkar Sudin ni eyeing for cabinet position rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by terma2nkondisi2 at 28-11-2022 05:46 PM

ada acik poremer tepek ni semalam.. sesi di parlimen 3 tahun lepas.. sesama wakil rakyat ni umno dan anwar dah rancang lama dah sesama mereka, siap gelak2 lagi tu.. para pengundi je yg lalai... sbb tu la kot ada yg mcm kecewa


Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 05:41 PM | Show all posts
janji jadi kerajaan

waaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahkahkah

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dasat…..terus pukulan ajaib tuh, KO semua
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
cukuplah cerita pasal umno perjuangkn melayu. x yah dh jdkan modal politik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2022 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Edisi jilat menjilat sudah bermula
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 06:40 PM | Show all posts
Perwira2022 replied at 28-11-2022 05:16 PM
Sangkar Sudin ni eyeing for cabinet position rasanya

siapa ajar mainkan nama orang ni, arwah abah sis ka?

moga roh mendiang dicucuri rahmat lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2022 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Org Temerloh pun reject dia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 08:22 PM | Show all posts
creep_bite replied at 28-11-2022 08:16 PM
Org Temerloh pun reject dia ni...

sian dia ...kalau pertahankan dun lanchang
mungkin boleh menang
yg dikejar tak dapat yang dikendong berciciran
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Punat_button replied at 28-11-2022 06:40 PM
siapa ajar mainkan nama orang ni, arwah abah sis ka?

moga roh mendiang dicucuri rahmat lah {:1_54 ...

Takde sape ajar pun.. Aku jadi jahat dengan sendiri. Self learn gitu

Kau pulak guna perkataan buruk ganti nama sebenar orang, belajar kat mana? Advance level ni sebab pakej sekali dengan hipokrit berlagak suci. Hebatttt

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 28-11-2022 05:39 PM
ada acik poremer tepek ni semalam.. sesi di parlimen 3 tahun lepas.. sesama wakil rakyat ni umno dan ...

so??ini sah2la sblm sheraton.apa yg ko cuba nak sampai kan sebenarnya???
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 28-11-2022 10:07 PM
terma2nkondisi2 replied at 28-11-2022 05:39 PM
ada acik poremer tepek ni semalam.. sesi di parlimen 3 tahun lepas.. sesama wakil rakyat ni umno dan ...


eh mcm seronok pulak tgk depa berborak aiolz taknak sembang politik dh la rope ni, evidence comolot blaka tp logik lah jugak, dh nama pon ahli gomen, gaduh2 party nnti nk kena pakat kerjasama jugak, jd aiolz kunci lah, yg dimedia tu utk pecah undi, tp bebeno nye depa ok ok jah antara demer. mcm skolah, rumah sukan lain2. tibah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 28-11-2022 09:51 PM
so??ini sah2la sblm sheraton.apa yg ko cuba nak sampai kan sebenarnya???

mmg la kejadian ni sebelum langkah sheraton... adoi la hang ni pun.. cuba la jgn pekat sangat benak hang tu, cayaqkan la sikit supaya hang boleh berfikir dgn lancaq

poin hantaran aku tu adalah wakil2 rakyat ni berpakat2 dan juga berebut2 kerusi sesama diorg... demi pangkat dan jawatan dan kuasa dan pengaruh dan wang ringgit dan harta dan kemewahan... kepentingan sendiri didahulukan, kepentingan rakyat dikemudiankan

rakyat perlu faham bahawa rakyat perlu fokus pada diri mereka sendiri... jgn jadi macai ataupun anjing politik

politikus2 ni bersandiwara sesama diorg dalam dunia politik.. oleh itu, rakyat jgn sesekali terpesona dan terpengaruh lalu tertipu dgn sandiwara politikus2 ni...

mmg masa pru, rakyat tetap kena undi pilih politikus2 ni sbb dah mmg itu sistem demokrasi negara kita tapi jgn la terpengaruh dgn drama politik politikus2 ni..

kalau ada lagi yg hang tak paham pasal klip video tu, hang boleh tanya aku apa lagi yg hang tak paham.. biar spesifik pertanyaan hang tu.. senang sikit aku nak jawab
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
lightheaded67 replied at 28-11-2022 09:58 PM
eh mcm seronok pulak tgk depa berborak   aiolz taknak sembang politik dh la rope ni, evi ...

haha

mcm2 bende jadik dlm politik negara ni... tapi ape2 pun rakyat marhaen mcm kita ni tetap macam tu je la jua keadaan kita setiap hari... tetap kena kerja setiap hari... tetap kena usaha cari duit setiap hari
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 05:31 AM | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 28-11-2022 10:42 PM
mmg la kejadian ni sebelum langkah sheraton... adoi la hang ni pun.. cuba la jgn pekat sangat bena ...

cuba laa  post ko memula tu explain gini kan ke bagus.mcam acik2 share fake news  konspirasi palatao  sgt post ko terdahulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2022 05:55 AM From the mobile phone | Show all posts
lain kali acik2 politik time pru, ngaku je siap pru hat tu siape punya giliran takyah malu malu yah?? rakyat pun ramai je yg jenis malas pikir ngundi pasal pikir dh itu bnde yg kena buat ajur. dh la kt media main kaum bangsa agama pastu bg pecah belah org pikir banyak summore, cheap ajur
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 05:56 AM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 28-11-2022 10:50 PM
haha

mcm2 bende jadik dlm politik negara ni... tapi ape2 pun rakyat marhaen mcm kita ni tetap mac ...

itulah depa ni lenkali mngaku je siap2 kan senang siape punye giliran
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 08:48 AM | Show all posts
Tertanya2 apa akan jadi dgn 40 kes wak jahit lepas dia bagi sokongan pada PM-10.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 09:27 AM | Show all posts
Jilat mat jgn tak jilat...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.075947 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list