View: 2256|Reply: 29
|
[Tempatan]
Warganet dakwa lambakan rupanya telur lama
[Copy link]
|
|
Warganet dakwa lambakan rupanya telur lama
https://www.utusan.com.my/nasion ... rupanya-telur-lama/
Oleh AHMAD FADHLULLAH ADNAN
28 November 2022, 4:41 pm
PETALING JAYA: Warganet mendakwa lambakan telur ayam yang berlaku baru-baru ini kebanyakannya telur lama seperti disimpan dalam jangka masa yang lama.
Menerusi hantaran di Facebook, netizen yang menggunakan nama Zikrullah Ismail mendakwa, ia berikutan isterinya mengadu hanya beberapa biji telur yang kelihatan baharu dalam satu papan telur dibeli.
Sehubungan itu, dia menyarankan orang ramai tidak membeli telur tersebut dalam kuantiti yang banyak sebagai pengajaran kepada mana-mana pihak yang menyorok bahan tersebut.
“Isteri saya mengadu dalam sepapan telur yang dibeli hanya beberapa biji sahaja nampak telur yang baharu. Selebihnya telur lama. Begitulah rosaknya apabila kuasa pasaran dikuasai oleh kelompok manusia yang tak bertanggungjawab begini.
“Saya rasa agak kembang tekak sebenarnya, apabila terpaksa telan telur lama ini. Tetapi, apakan daya permainan politik kartel telur begitu sahaja mudah mempermainkan pengguna seperti kita semua . Semua terkena tak kira bangsa.
“Boleh nampak tak permainan kartel itu benar tuan-tuan. Saya tak pasti kalau ada pakatan politik. Tuhan dan perancang kejahatan sahaja yang tahu benda ini,” kongsinya.
Pada masa sama, Zikrullah juga meminta, pengguna juga mengambil tindakan untuk membuat laporan kepada tribunal pengguna.
“Pengguna perlu bijak. Mohon simpan resit dan kembalikan telur yang nampak majoriti buruk tu. Buat laporan pada tribunal pengguna. Kita perlu bertindak. Ini benda benar, bukan rekaan,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju lambakan bahan itu kebanyakannya terdiri daripada telur yang sudah busuk.
Maya Iris berpandangan, mereka yang menyimpan stok itu mahu rakyat menyalahkan kerajaan yang hendak dijatuhkan, kemudian kerajaan baharu pula mendapat pujian apabila berlaku lambakan.
“Apa mereka ingat rakyat bodoh tak nampak itu bukan satu kebetulan?,” soalnya.
Latif Ali pula meminta, orang ramai tidak membeli telur itu dalam tempoh sebulan atau dua bulan ini supaya ia rosak dalam simpanan kartel.
Terdahulu, kesukaran mendapatkan bekalan telur berlaku sejak Oktober lalu di beberapa kawasan di seluruh negara.
Isu itu menjadi tumpuan orang ramai berikutan ia dikaitkan dengan kartel yang memonopoli bahan bekalan berkenaan. – UTUSAN
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku hari tu ada beli telur ayam kampung dr pasaraya sebab telur ayam biasa x de.daripada 10 bijik..3 bijik x elok....tobat x nak beli dah |
|
|
|
|
|
|
|
Bukti mana?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Taktik keji kartel PH... Sanggup sorok telur untuk rosakkan imej Kerajaan BN demi meraih undi. |
|
|
|
|
|
|
|
Gomen patut bukak siasatan atas perkara ini.
1. Kenapa tiada telur.
2. Kenapa tiba2 Ada tapi produk pulak banyak tak elok |
|
|
|
|
|
|
|
telur muyidin ker telur ismail sabri |
|
|
|
|
|
|
|
Kat hero ada je
Tapi nasib2 la sebab tak banyak
Dan semua.mmg telur baru
Ni mesti kat pemborong mana mana sekat telur
Then baru nak kuarkan skang takut telur dah rosak..
Rupanya.mmg banyak.rosak campur2 dgn yg baru |
|
|
|
|
|
|
|
ntah le.. tpt meols 3 weeks ago je , satu weekend tu telur terputus, lepas tu ada balik
rega sama je. takde yg rosak
ni korang beli kat mana? |
|
|
|
|
|
|
|
ikut tempat kut.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kena semak tarikh luput apabila nak beli telur |
|
|
|
|
|
|
|
Pandaii ayam2 kat Malaysia niee. abiss jer PRU teruss koo pakat bertelor ramai2 yaa |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 28-11-2022 04:46 PM
Telur tembelang?
Tembelang pecah |
|
|
|
|
|
|
| |
|