CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 282|Reply: 0

[Melaka] Pameran artifak Perang Dunia Kedua jadi tumpuan

[Copy link]
Post time 28-11-2022 04:39 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Azri Arbain (kiri) menunjukkan antara artifak asli Perang Dunia Kedua yang dipamerkan di Melaka.FOTO NAZRI ABU BAKAR

Melaka: Pelbagai artifak Perang Dunia Kedua dipamerkan pada program Hari Motosikal Tentera Klasik dan Vintaj Malaysia Ketiga di sini, hari ini menarik perhatian masyarakat khususnya golongan muda.

Pameran yang diadakan Kelab Pengkaji Tapak Pertempuran Negeri Johor itu mengetengahkan artifak peninggalan tentera British, India, Australia dan Jepun yang masih dalam keadaan baik dan dipulihara sebagai tatapan rakyat.

Setiausaha kelab berkenaan Mohd Azri Arbain berkata, ini kali pertama kelab terbabit menganjurkan pameran di luar Johor bagi mendekati masyarakat, selain mengimbau sejarah negara yang turut terpalit dengan kesan peperangan itu.


"Antara barangan pameran termasuk topi Brodie British, pingat tentera, teropong, kompas, kotak peluru Bren dan pelbagai barangan asal dari zaman perang berkenaan.

"Barangan terbabit ditemui di beberapa lokasi pertempuran sekitar Batu Pahat, Parit Sulung, Bakri, Senggarang, Endau dan beberapa lokasi lain," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mohd Azri berkata, selain ditemui di tapak pertempuran, pihaknya turut memperoleh artifak seperti lencana dan wang lama yang dibeli daripada bekas tentera serta penduduk kampung.

Katanya, kelab terbabit terus mempergiatkan usaha mengumpul pelbagai barangan sejarah perang termasuk pakaian tentera dan peralatan bagi menambah koleksi simpanan.

"Kami juga agresif memberi penerangan kepada pelajar mengenai sejarah, tapak pertempuran dan maklumat berkaitan pertempuran.

"Apa yang pasti ia boleh menjadi tatapan generasi muda sekali gus mengimbau semula kesan Perang Dunia Kedua sekitar 1939-1945 untuk meningkatkan kasih sayang, perpaduan dan menghargai keamanan dunia," katanya.

Katanya, kelab itu juga mendapatkan bantuan maklumat dan sumber rujukan serta dokumen daripada penulis buku sejarah Argylls & Sunderland iaitu pengkaji dari United Kingdom, Mr Jonathan Moffatt.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kedua-jadi-tumpuan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.055479 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list