CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5997|Reply: 65

'Kau Terlampau Kurang Ajar, Kenapa Dah Cut Baru Jerit?' - Fezrul Blacklist Reen Rahim

  [Copy link]
Post time 28-11-2022 04:10 PM | Show all posts |Read mode


Konflik di lokasi penggambaran di mana Reen Rahim mendakwa dicekik Fezrul Khan mencetus pelbagai reaksi terutama di kalangan warganet.


Terbaharu, ketika ditemu bual Melodi, Fezrul sekali lagi mempersoalkan tindakan Reen Rahim menjerit kepadanya selepas melakonkan babak tersebut.




IG Fezrul




“Yang tak ok kenapa bila dah 'cut' dia mejerit kepada saya? Yang itu saya pantang, tak boleh cakap elok-elok ke?


"Kalau setakat lakonan kau macam tu kau nak complain. Level dia tahap mana? Kau menjerit dengan orang lama. Kau berlakon cerita kampung je kan?” katanya.


Mengulas mengenai babak cekik yang dimuat naik Fezrul di laman Instagram, tegasnya dia mahu semua pihak menilai sendiri tindakkanya dalam babak itu malah menyifatkan Reen seorang yang kurang ajar.


Bukan tarafnya untuk berlakon bersama, Fezrul berkata, dia akan menolak sekiranya menerima tawaran untuk bergandingan sekali lagi dengan Reen.




IG Reen




Dalam masa sama, Fezrul memohon maaf kepada Reen, malah turut berpesan sekiranya tidak boleh membawa sesuatu watak yang berat, jangan ambil tawaran itu.


“Kalau dia dah minta maaf, saya dah maafkan dia jika saya terkasar bahasa, gurau kasar, tercekik dia ke apa, saya minta maaf banyak-banyak, tapi kalau ada job nama dia ada dengan saya, saya takkan ambil job itu sebab ramai lagi pelakon-pelakon hebat yang nak berlakon dengan saya. Dia bukan ‘level’ saya.


“Kalau dah watak berat, rasa tak boleh bawa jangan bawa watak tu. Jangan ambil semata-mata nak duit. Lepastu kau nak tunjuk kau hebat dekat set. Jangan kurang ajar. Kau terlampau kurang ajar,” tutupnya tegas.









Sumber: Xtra/Melodi








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2022 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau ada bincang ke dengan si Reen tu sebelum cekik dia semasa melakonkan watak tu? Tak ada? Selayaknya kena jerit. Syukur adja sheol tak cakar2 benan kuku kat muka ko.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Wartawan pompuan tu pun tak boleh ka tunggu Fezrul habis bercakap baru bercakap motif potong2 cakap orang? Nasib baik ko tak kena jerit sana.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by codenamedream at 28-11-2022 05:18 PM

"Kalau setakat lakonan kau macam tu kau nak complain. Level dia tahap mana? Kau menjerit dengan orang lama. Kau berlakon cerita kampung je kan?” katanya.

CFezrul perasan hebat. Padahal dia pown sendu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Den rs, ko dua ketul ni pun, mcm dr leluhur sama jer..xngam jugak??? Kehkehkeh

Ko pun xbest berlakon la mamat capati...muka kasar perwatakan kasar..xsesuai pun jd hero..gittew den komen acah terpaling walaupun den xtgk pun drama ko or sapa2 tmsklah fattah amin... kehkehkeh

dah ko terpaling, den pun kene bg komen terpaling jugekk... kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 04:36 PM | Show all posts
eh dia ni perasan A level sgt. dia pun sendu. nak menghina kampung plak. reen tu bertahan taknak susahkan korang repeat shoot tu kot. kira bagus la tu. diorg ni mmg tak ngam aku rasa tak communicate kat lokasi. patut awal2 apa2 babak pun berlatih la dulu bincang cemana lapik la span ke kain skit kat leher tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
codenamedream replied at 28-11-2022 04:21 PM
"Kalau setakat lakonan kau macam tu kau nak complain. Level dia tahap mana? Kau menjerit dengan oran ...

kan… geram je dgr ayat dia ni. dia pn level kt mana? anugerah seketul pn xdak. pdhal sendu je pn selama ni. bajet hebat betul lakonan heshe,,
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tang bila dia ada level tu?
Dulu dia ada kutuk pelakon lama, dia kata org tu level sitcom je. Padahal dia yg tak sampai level org tu, tapak kaki je. Sitcom tu legend, bukan calang2 boleh jadi casts. Dia tu berlakon spesen je, muka drama je pun. Filem ada ke? takde yg memorable pun.

Elok lah duk atas bukit sana jaga kebun je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2022 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
angkuh nya jawapan. masa temu bual reen sebelum ni, elok beradab reen jawab. dia bagitau wartawan, kalau boleh dia tak mau isu ni sampai ke pihak luar. reen terkejut macam mana wartawan boleh tau. dia tak mau besar²kan isu ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Reen Rahim kenapa time scene tu u ol x cakap kat fezrul yg u ol rasa sakit? Boleh je kan.
"Weh, weh, aku sakit weh."
Tak boleh? Perlu nak drama lepas cut scene baru memekik melolong?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
si pompuan rilek2 je mslhnya
yg laki pulak macam hawau aku tgk
menggila habis jawab
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
codenamedream replied at 28-11-2022 04:21 PM
"Kalau setakat lakonan kau macam tu kau nak complain. Level dia tahap mana? Kau menjerit dengan oran ...

Dia nih dr dulu suka komplen2 org dan acah bagus. Penah dia sindir pelakon lama yg katanya cuma byk berlakon sitcom jaa
Tak kisah la pelakon tu hanya byk berlakon cite kg ka, sitcom ke apa tak perlula nak merendah2kan org lain.
Dia sendiri pun tak penah plak dengar menang best actor berkali2?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
che-cikL replied at 28-11-2022 05:48 PM
Tang bila dia ada level tu?
Dulu dia ada kutuk pelakon lama, dia kata org tu level sitcom je. Padah ...

Ha kan uols pun ada baca pasal dia sindir pelakon lama tu. Dia tulis kat ig ngan bahasa rempit dia tu.
Dia bahasakan diri ako ke apatah.

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia nih ada vibe pondan yang berlakon sbg lelaki sejati hahahahaha... minah tu perempuan....lelaki sejati akan minta maaf berkali2 bukan cari gaduh..tak padan dgn pendek
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
First time aku dgr nama fezrul ni? Ko sapa??
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Gimik utk promo drama ke nok? Kosserlahh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2022 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
mawardia replied at 28-11-2022 05:56 PM
Reen Rahim kenapa time scene tu u ol x cakap kat fezrul yg u ol rasa sakit? Boleh je kan.
"Weh, weh, ...

Kalau tgok klip vid tu, mmg x dapatlah reen nk jerit, mmg tercekik, tercungap2
Tapi reen ada macam tampar peha & nak tarik rambut fezrul tu, maybe nk bagi isyarat dia tercekik
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 28-11-2022 06:09 PM
Dia nih dr dulu suka komplen2 org dan acah bagus. Penah dia sindir pelakon lama yg katanya cuma by ...

Sapa pelakon sitcom yg dia perlu tu ek
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
edoraixora replied at 28-11-2022 07:03 PM
Kalau tgok klip vid tu, mmg x dapatlah reen nk jerit, mmg tercekik, tercungap2
Tapi reen ada maca ...

You, ada timestamp dak scene tu kat mana? Malas nak tengok orang membebel. Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Angkuh nau jantan ni..dhla x femes, dpt award jauh skali..dgn pompuan pun ko nk gaduh mcm samseng..dia tu yg level sampah berangan aktor papan atas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-1-2023 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.126990 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list