View: 5666|Reply: 79
|
Tak juara tak jadi pergi Paris,Penang pun jadilah - Tomok
[Copy link]
|
|
TOMOK berpuas hati walaupun hanya berada di tempat keemat GV9.
Tiada rezeki bawa anak ke Paris, Penang pun okey – Tomok
PETALING JAYA – Tidak kecewa dengan keputusan di tempat keempat pada malam penentuan Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Tomok bagaimanapun hanya berasa sedikit terkilan apabila gagal menunaikan hasrat anak sulungnya, Arrian Shah Akid yang mahu bercuti ke Paris, Perancis hasil kejuaraan program tersebut.
Rezeki yang tidak memihak kepada Tomok atau nama lengkapnya Shah Indrawan Ismail itu sekali gus memadamkan mereka sekeluarga memenangi hadiah tajaan percutian ke Paris selain wang tunai, RM100,000.
“Anak saya yang sulung (Arrian) bila dapat tahu antara hadiah juara ialah bercuti ke Paris, dia nak ke sana sebenarnya. Saya cakap dengan dia, saya akan usaha untuk dapatkannya.
“Tapi tak ada rezeki. Tak mengapa, bercuti ke Pulau Pinang pun okey,” katanya yang membawa keluarganya bercuti selepas tamat GV9.
Ujar vokalis kumpulan New Boyz itu lagi, dia terharu dan bersyukur apabila anak-anaknya selalu memberi sokongan sepanjang saya berada dalam GV9 walaupun mereka tidak boleh datang ke Auditorium MBSA kerana masih di bawah umur.
“Setiap minggu anak-anak akan tonton persembahan saya di rumah. Bila saya dapat markah rendah, mereka yang kecewa,” ujarnya.
Bercakap tentang persembahannya pada malam akhir GV9 yang berlangsung di Auditorium MBSA malam tadi, Tomok sebenarnya sudah cukur berbangga dengan diri sendiri kerana mampu bertanding sehingga ke peringkat final.
“Adat pertandingan. Saya sudah beri yang terbaik 100 peratus kudrat yang saya ada. Alhamdulillah nombor berapa pun saya gembira, asalkan masuk ke peringkat akhir.
“Melihat pada barisan peserta yang ada, masing-masing ada kelebihan vokal yang hebat. Saya sangat gembira,” katanya.
Menyifatkan pusingan ‘battle’ sebagai satu cabaran yang sangat sukar, Tomok yang menyanyikan lagu Too Legit To Quit dan Party Sampai Pagi turut berterima kasih kepada Shila Amzah kerana menjadi gurunya untuk menyanyikan lagu rap.
Kata Tomok, Shila banyak membantunya dalam pusingan ‘battle’ terutama untuk nyanyian rap kerana mempunyai kemahiran dalam genre tersebut.
“Saya berguru dengan Shila untuk menyanyikan lagu rap. Saya memang lemah genre lagu sebegitu (rap). Walaupun kami bersaing sesama sendiri, dia banyak membantu saya. Saya patut beri kredit pada Shila Amzah,” katanya.
GV9 yang dihoskan pengacara Nabil Ahmad dan Elly Mazlein menyaksikan penyanyi Jaclyn Victor menepati ramalan apabila menggondol gelaran juara sekali gus mengetepikan lima pesaing lain. Naib johan dimenangi oleh Bob, manakala tempat ketiga dimiliki oleh Shila Amzah.
Tempat kelima dan keenam masing-masing dimenangi oleh kumpulan VE dan penyanyi kelahiran Singapura, Hazrul Nizam. -KOSMO! ONLINE..
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/11 ... ang-pun-okey-tomok/
|
|
|
|
|
|
|
|
Tomok sebenarnya sudah CUKUR berbangga
Deyyyy, apa da CUKUR? |
|
|
|
|
|
|
|
Esok lusa adalah tu yg sponsor g paris |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Tomok…masuk final pun dah syukur…, |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by slyfynx at 28-11-2022 07:39 PM
Bercakap tentang persembahannya pada malam akhir GV9 yang berlangsung di Auditorium MBSA malam tadi, Tomok sebenarnya sudah cukur berbangga dengan diri sendiri kerana mampu bertanding sehingga ke peringkat final.
Kot ye pun nk cakap die cukur kepala die sampai botak, x yah la selit perkataan cukur kt artikel ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ko suara biasa, muka time nyanyi cam palat, ok la ada nombor. Bersukur |
|
|
|
|
|
|
|
Kate banyak bisnes takkan g paris tak mampu? |
|
|
|
|
|
|
|
Asteruk dah lama rancang siapa yang akan dapat nombor 1 tomok oii. Takkan tak faham lagi, kau perform 1000% pun paling kuat leh cecah no 3 la |
|
|
|
|
|
|
|
Tp iols ialah komen x berbayar.
TT ialah "wartawan"
|
|
|
|
|
|
|
|
Berangan la ko nak menang klu Jac atau Tokti ade dlm tu hhaha |
|
|
|
|
|
|
|
Sangat positif komen Tomok. Takde bagi alasan kenapa tak menang. It’s okay Tomok… rasanya chuols pun tahu tahap chuols setakat mana je kan Tomok |
|
|
|
|
|
|
|
ok la at least x bg alasan memacam..rezeki jugak masuk final tu… |
|
|
|
|
|
|
|
I ada soft spot kt Tomok ni. Walaupun suara dia xdela selevel some other contestants, tp npk la dia bersungguh2 bila perform. Dia pn positif je orgnya. Takpela Tomok, x juara pn xpe. Kdg2 suara sedap, aura sbg performer xde pun xleh jgk. So u guna kelebihan u yg kreatif bila atas stage tu. I klu pegi concert, I prefer penyanyi mcm ni..creative, energetic on stage. Berbaloi klu bayar tiket mahal2 pn. |
|
|
|
|
|
|
|
Pergilah dengan duit sendiri... Tak pun tunggulah sedikit masa lagi mungkin ada yang nak sponsor... |
|
|
|
|
|
|
|
penang besttt!
paris pun best walau bau hancing
ada la rezeki anak2 nnti |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg xberduit lgsg ke dia ni? Kot ye xdpt ke paris pon, ke korea or jepun pon ok |
|
|
|
|
|
|
| |
|