CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 720|Reply: 4

[Dunia] Usia pencen Britain mungkin dinaikkan 68 tahun lebih awal daripada jangkaan

  [Copy link]
Post time 28-11-2022 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


LONDON – Usia persaraan di Britain apabila orang ramai mula menerima wang pencen berkemungkinan dinaikkan kepada 68 tahun, beberapa tahun lebih awal daripada jangkaan, lapor laman berita Mirror.UK. kelmarin.

Usia persaraan akan meningkat kepada 67 tahun menjelang 2028 dan 68 tahun menjelang 2039.

Menteri-menteri Britain bagaimanapun, dipercayai sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan usia persaraan 68 tahun itu pada pertengahan tahun 2030-an.

Mereka yang kini dalam lingkungan usia pertengahan 50-an mungkin perlu menunggu lebih lama sebelum dapat menerima pencen, demikian menurut laporan akhbar The Telegraph.

Perbincangan mengenai had umur persaraan baru-baru ini disegerakan oleh kerajaan tetapi tiada keputusan muktamad dibuat.

Sebelum ini, beberapa Perdana Menteri Britain telah mempertimbangkan supaya usia persaraan 68 tahun diperkenalkan lebih awal daripada 2039.

Bekas setiausaha pencen, Steve Webb berkata: “Adalah menarik bagi Perbendaharaan untuk melihat kenaikan usia pencen sebagai ‘wang mudah’ untuk kerajaan, dengan berpuluh-puluh bilion pound simpanan tersedia.”

“Jika usia pencen dinaikkan, kita berisiko melihat beribu-ribu orang menghabiskan tahun-tahun terakhir dalam kehidupan bekerja menggunakan pembiayaan elaun sosial kerajaan kerana kesihatan mereka tidak cukup baik untuk memastikan mereka dapat terus bekerja sehingga lewat usia 60-an.

“Di beberapa kawasan kurang berkemampuan di Britain, menjadi perkara biasa untuk orang ramai berada dalam keadaan kesihatan yang tidak baik satu dekad sebelum mereka mence­cah usia pencen semasa.

“Sebelum umur pencen di­naikkan lagi, banyak lagi yang perlu dilakukan untuk menangani ketidaksamaan yang besar di seluruh negara dari sudut kesihatan dan purata jangka hayat,” katanya.

Keputusan semakan semula usia persaraan itu dijangka diterbitkan pada awal 2023. – Agensi


https://www.kosmo.com.my/2022/11/28/usia-pencen-britain-mungkin-dinaikkan-68-tahun-lebih-awal-daripada-jangkaan/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2022 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Lambat betul dapat duit pencen...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 02:06 PM | Show all posts
negara bangsa etis gagal



Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 02:08 PM | Show all posts


white pawaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah

susah2 tak dapat keje jadi la pornstar kat amerika

dasar bangsa etis berkulop pujaan Melayu2 bangsawan

buat malu dengan friska je

prfffffffffffffffffffffffght


Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 08:37 AM | Show all posts
lpas tu naik 70
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.081312 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list