CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3151|Reply: 61

[Politik] Hadi sindir pelantikan Anwar 'dalam masa kecederaan'

  [Copy link]
Post time 28-11-2022 12:29 PM | Show all posts |Read mode
Hadi sindir pelantikan Anwar 'dalam masa kecederaan'


Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Abdul Hadi Awang. - Foto fail NSTP/Ghazali Kori


KUALA LUMPUR: Heboh di media sosial Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi terus mempertikaikan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Ini kerana beliau dikatakan menyindir keputusan pihak Istana Negara apabila mengaitkan pelantikan itu dengan masa kecederaan dalam perlawanan bola sepak.

Menggunakan analogi perlawanan bola sepak, Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, cara pelantikan Anwar umpama memberikan masa tambahan bagi membolehkan Pakatan Harapan (PH) mengumpul lebih banyak Ahli Parlimen bagi menyokongnya.

Ketika kerancakan Piala Dunia yang sedang berlangsung, Abdul Hadi mendakwa ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang kerana berjaya melepasi 112 majoriti mudah, PH dan Anwar sebaliknya diberikan masa tambahan untuk mencari sokongan tambahan.

Perkara itu dinyatakannya dalam Twitter beliau @abdulhadiawang semalam dan kenyataan penuhnya disiarkan juga oleh portal berita PAS, Harakahdaily.

"Bagaimana pula kalau pengadil menambah masa bukan kerana faktor kecederaan atau seri tiada keputusan?

"Padahal keputusannya sudah ada kemenangan pada satu pihak, ada mata dan golnya.

"Tiba-tiba pengadilnya menambah masa juga untuk memberikan peluang kepada yang nyata sudah kalah supaya mereka dapat meraih kemenangan juga dengan apa cara sekalipun, yakni masanya dicederakan oleh si pengadil," katanya.




Ia dipercayai merujuk kepada sokongan 115 sokongan Ahli Parlimen yang diterima oleh Muhyiddin pada Ahad selepas hari mengundi dan memaklumkan kepada Istana Negara bahawa PN telah menang dan Muhyiddin patut dilantik sebagai Perdana Menteri.

Setakat pagi ini Twitter beliau mendapat lebih 2,000 komen termasuk Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang tewas mempertahankan kerusi Gombak pada PRU15 pada 19 November lalu.

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menyertai BERSATU itu menerusi Twitter @AzminAli membalas dengan menulis "Berhemah dan bijaksana".

@faisal_mn_ pula menulis "Agong dah bagi cadangan pertama, PH+PN, tapi ko (kau) dgn angkuh tolak, sambil bgtau cukup SD. Sedangkan Agong tak cadangkan SD, ko memandai nak pakai SD. Bila ko reject, Agong terpaksa cadang PH+BN dgn nasihat Majlis Raja-Raja. Sekarang ko hina Agong dgn kiasan."

Kenyataan penuh Abdul Hadi turut disiarkan oleh Harakahdaily, lidah rasmi PAS yang menyebut Islam mewajibkan umatnya agar berlaku adil dalam semua perkara, daripada dalam satu keluarga sehinggalah dalam satu masyarakat dan negara dalam semua perkara, termasuklah dalam pertandingan sukan.

Bagaimanapun, apa yang berlaku seperti dilaporkan oleh New Straits Times yang memetik kenyataan Marzuki Mohamad, pegawai kepada Muhyiddin dalam Facebook, adalah sebaliknya.

Beliau mendakwa bossnya 'enggan' menandatangani cadangan kerajaan kerajaan perpaduan yang dikemukakan pihak Istana Nagara, termasuk jawatan Perdana Menteri secara bergilir.

Menceritakan apa yang berlaku pada 22 November, beliau berkata Muhyiddin menolak cadangan itu dan memaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong ia bertentangan dengan dasar PN dan mandat yang diberikan pengundi.

Ia juga dipersetujui oleh Abdul Hadi yang turut hadir ketika majlis menghadap.

Marzuki juga berkata beliau pada awalnya yakin Muhyiddin akan dipanggil ke Istana Negara untuk mengangkat sumpah selepas menghantar 115 Akuan Bersumpah (SD) Ahli Parlimen yang menyokongnya kepada istana.

Namun, katanya ketika menghadap, Muhyiddin dimaklumkan tidak lagi mempunyai sokongan majoriti mudah selepas 10 Ahli Parlimen BN menarik balik sokongan.

Ini kerana Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan 30 Ahli Parlimen BN menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

Marzuki juga berkata beliau menerima pelantikan Anwar oleh Yang di-Pertuan Agong selepas Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu.

Beliau berharap tiada tuduhan Muhyiddin menderhaka, angkuh dan enggan berunding.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... lam-masa-kecederaan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2022 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak puas hati tak habis2 sindir, itu ler dulu tebok atap sgt. Sekarang rasakan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 12:40 PM | Show all posts
PAScedes...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tak tanya terus je pada ydpa?

Takpun pi jelah join kerajaan perpaduan skrg ni sementara menteri blm lantik kalau masih rasa ralat dan terkilan.
Lambat lagi nak tunggu 5 tahun, mana la tau rakyat dah terlajak syayang plak kat bangnon kang cemaner?

Oh takpe tunggu 19.12 ni ye dakk
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 01:02 PM | Show all posts
Suchi replied at 28-11-2022 12:56 PM
Kenapa tak tanya terus je pada ydpa?

Takpun pi jelah join kerajaan perpaduan skrg ni sementara ment ...

dalam bola sepak masa tambahan tu normal, yang tak normal lebai meratib meroyan dan viral suara nak buat langkah sheraton
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 01:04 PM | Show all posts
Suchi replied at 28-11-2022 12:56 PM
Kenapa tak tanya terus je pada ydpa?

Takpun pi jelah join kerajaan perpaduan skrg ni sementara ment ...

Kannn ... kenapa tak tanya ydpa je ni main bising sana sini rakyat dah muak rakyat dan move on ahli politik tak move on move on lagi.  Sistem negara kita tak macam US atau UK tapi ramai keliru ingat sama macam kat sana.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2022 01:07 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 28-11-2022 01:04 PM
Kannn ... kenapa tak tanya ydpa je ni main bising sana sini rakyat dah muak rakyat dan move on ahl ...

ku sangka kan iman lebai tinggi rupa nya meroyan tak terima ketentuan ilahi. bermunajat doa tapi last2 tak di angkat doa meroyan
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Hadi ni dh knapaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2022 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelmarin cakap nak move on.
Harini dah meroyan balik..

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kata nak beristiqamah bagai… podahhh!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 01:56 PM | Show all posts
semua ahli politik sama sajaaa maaa, hari ni cakap lain , tulat buat lain dari yg di cakap.... anwar buat camtu, pemimpin2 lain pungg kalut ikut dia laaa yg sering bermain dgn kata2   awat para pencacai anwar nak menggedik sa kata PAS uturn anwar pungg uturn gakkk, sama2 tak guna semua lah haih
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 01:57 PM | Show all posts
mende la lebai...haih...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka.. meroyan la smpai ajm lebai
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 28-11-2022 01:04 PM
Kannn ... kenapa tak tanya ydpa je ni main bising sana sini rakyat dah muak rakyat dan move on ahl ...

Minggu lepas dorang ni buat kita mcm tak betul menunggu depa bentuk kerajaan
Minggu ni memasing meroyan tak sudah2 tak puas hati itu ini.
Masing2 tersakiti dan tak sabar2 nak tunggu pru16 nak membalas dendam.
5 tahun tempoh lama juga apa2 saja boleh berlaku.
Dengarnya bertambah sakit ati juga sbb Pahang pun terlepas sedangkan minggu lepas sudah umumkan wilayah pantai timur milik Pas bagai.

Sbb tu iols ckp drpd menyindir hari2 gini pi jela ngadap tuanku
Sana sini org duk cakap kerajaan perpaduan ni milik ydpa & raja2 melayu so tak puas hati pi tanya sendiri.
Kalau ypda tak masuk campur gamaknya sampai hari ni masih tergantung sepi parlimen tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 02:55 PM | Show all posts
Masa kecederaan pun masa kecederaan la paklebai oiii.....janji mara utk world cup!  toksah dok bitter sgt!  such a sore loser!
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 03:03 PM | Show all posts
Punya la pai la ni tak puashati lobai ni.
Tak tido lena lobai nampaknya .

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2022 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
PAS sindir Yang diPertuan Agong kaa tu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 03:20 PM | Show all posts
Lebai dah koyakkk

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Alangkah bahagianya daku tgk lobai penunggang dgn walaun2 menggelupur tak dapat jadi kjaan..dah la takleh jadi kjaan federal..perak ngn pahang pun melepas. kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Denco replied at 28-11-2022 02:01 PM
Padan muka.. meroyan la smpai ajm lebai

Hehe....nak jd sgt PM...jd jela...kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.094114 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list