CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 199|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 4 ejen judi Piala Dunia Qatar 2022 ditahan

[Copy link]
Post time 28-11-2022 11:53 AM | Show all posts |Read mode

ANTARA peranti dipercayai digunakan dalam kegiatan judi dalam talian yang dirampas dalam serbuan itu. FOTO ihsan polis

Kuala Lumpur: Kegiatan empat lelaki yang menjadi ejen pertaruhan judi bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 terbongkar selepas mereka ditahan dalam serbuan di sebuah kediaman di Taman Bukit Maluri, Kepong, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Sentul di lokasi terbabit jam 10.15 malam.

"Hasil serbuan, kami menahan empat lelaki warga tempatan berusia antara 40 hingga 48 tahun yang dipercayai 'bookie' pertaruhan judi bola sepak Piala Dunia Qatar 2022.

"Kami turut merampas tiga telefon bimbit pelbagai jenama, satu modem, satu tablet, dua komputer riba dan kunci rumah dalam serbuan itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Eng Lai berkata, siasatan mendapati kegiatan perjudian dalam talian itu beroperasi di kediaman sejak sebulan lalu.

"Semakan mendapati seorang daripada suspek mempunyai satu rekod jenayah, manakala tiga lagi suspek tidak mempunyai sebarang rekod.

"Semua suspek direman selama tiga hari bermula semalam sehingga esok untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana menguruskan aktiviti perjudian dalam talian.

"Kes itu juga disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 kerana menjadi ejen perjudian bola sepak dan Seksyen 6(1) akta sama atas kesalahan berjudi secara dalam talian," katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak terbabit dengan mana-mana aktiviti perjudian. Tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang terbabit dalam aktiviti itu.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai perlakuan jenayah boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di 03-40482222 untuk tindakan lanjut," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -qatar-2022-ditahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.063830 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list