CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1109|Reply: 17

[Politik] Zahid kuat, UMNO sihat

  [Copy link]
Post time 28-11-2022 08:44 AM | Show all posts |Read mode
Jika Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih kekal menerajui UMNO, dijangka parti itu akan bertambah kuat dan tidak ada keperluan untuk meletak jawatan, kata Datuk Seri Ahmad Maslan.

Setiausaha Agung UMNO itu percaya Zahid masih layak untuk kekal sebagai Presiden parti kerana masih mendapat kepercayaan ahli-ahli parti tersebut, ia walaupun prestasi terburuk dalam sejarah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) baru-baru ini.

Jelasnya, semua peringkat kepimpinan parti dalam Barisan Nasional (BN) termasuk pengerusinya, Zahid.

Sebaliknya, Ahmad berkata lebih elok bermuhasabah terhadap perkara duka itu dan bersama BN mencari penyelesaian atas segala kekurangan selain merapatkan kembali saf parti.

“Kalau nak suruh letak jawatan, ramai betul kena letak jawatan… ada 7,000 lebih Pusat Daerah Mengundi (PDM) di seluruh Malaysia, ketua PDM, pengerusi perhubungan, ketua pemuda, ketua wanita dan ketua puteri yang tak dapat tarik pengundi muda dan baharu, terlalu ramai.

“Jadi, jangan ada sesiapa yang letak jawatan, kita muhasabah atas apa sudah berlaku. Kita bersyukur walaupun menang sedikit pada PRU15, namun kemenangan itu sangat penting. Kita rapatkanlah kembali parti kita,” katanya dipetik laporan Bernama.

Sementara itu, Ahmad berharap pelantikan barisan Kabinet baharu di bawah kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dirunding bersama pengerusi BN atau pucuk pimpinan parti itu.

“Saya berharap ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, perundingan hendaklah dibuat dengan pucuk pimpinan kerana mereka menjadi suara kepada parti,” katanya.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian turut menyarankan agar UMNO Bahagian menganjurkan sesi dialog dan penerangan bagi memberikan penjelasan keputusan BN menyertai kerajaan perpaduan serta pelbagai perkara lain berhubung parti.

https://www.agendadaily.com/politik/umno-masih-kuat-jika-zahid-jadi-presiden-kata-mat-maslan/



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2022 09:39 AM | Show all posts
Edisi audition raja lawak kewwww nih?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingergrumpy at 28-11-2022 09:42 AM

Terbakor isapH20, pak mael dan kavajayjay...

Dont worry gais...ingat tarikh keramat...19th december ini.....didewan rakyat....kita hapuskheun angin angin hitam......


Kahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Zahid kuat Anwar sihat
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
stingergrumpy replied at 28-11-2022 09:40 AM
Terbakor isapH20, pak mael dan kavajayjay...

Dont worry gais...ingat tarikh keramat...19th december ...

Tazzzabar.indirectly 19hb  tu undi percaya pada tuan presideng jugak.harap bukan undian en bloc.kita tgk sapa yg ada tulur
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2022 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 28-11-2022 09:48 AM
Tazzzabar.indirectly 19hb  tu undi percaya pada tuan presideng jugak.harap bukan undian en bloc.ki ...

Kita masih samar samar lagi samada setiap ahli dewan diperuntukheun untuk mengundi tanpa mengikut party line, being independent....dan sekiranya setiap undian tersebut adaler rahsia...jika ini dibenarkheun ...then bak kata anak jiran aku yg 3 tahun....pak piyem has got lots to worry....
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 10:01 AM | Show all posts
“Kalau nak suruh letak jawatan, ramai betul kena letak jawatan… ada 7,000 lebih Pusat Daerah Mengundi (PDM) di seluruh Malaysia, ketua PDM, pengerusi perhubungan, ketua pemuda, ketua wanita dan ketua puteri yang tak dapat tarik pengundi muda dan baharu, terlalu ramai.

“Jadi, jangan ada sesiapa yang letak jawatan, kita muhasabah atas apa sudah berlaku. Kita bersyukur walaupun menang sedikit pada PRU15, namun kemenangan itu sangat penting. Kita rapatkanlah kembali parti kita,” katanya dipetik laporan Bernama.
-----------------------------------------------------------------------------------------

so, dia nak kata Zahid ni relevan...biarlah dia buat Zahid rasa relevan kan....let him...hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2022 10:28 AM | Show all posts
Syukorrr..


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts

Sukati korang lah UMNO.. dok la dalam bubble korang tu saling menyokong sesama sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 12:31 PM | Show all posts
apa zahid buat kat korang ya??

apasal korang benci nau ngn dia ya??

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm tagline susu pulak.
hidop wak
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 03:13 PM | Show all posts
Mat Maslan tak nak sondol wak Jahit ka?

Belum cuba belum tau gitu aku bako

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
X tahu nak cakap apa dah,tunggu jelah next pru,moga masuk dalam tanah terus
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Perwira2022 at 28-11-2022 04:09 PM

PH tongkat, UMNO sihat,
PH jilat, UMNO kuat
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 04:13 PM | Show all posts
Dah sihat, baru la kuat mengencing.  Uols semua, apa tahu rahsia politik yg nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2022 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila nak umum TPM ni??
Aku sokong wak jahit jadi TPM
Zahid kuat umno sihat
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Mat Maslan lg sesuai jd Presiden UMNO berbanding Wak Jahit......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.200625 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list