CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 735|Reply: 4

[Politik] 'PN miliki kerusi DUN terbanyak hanya ditawarkan 1 kerusi EXCO'

[Copy link]
Post time 27-11-2022 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


KUANTAN: Perikatan Nasional (PN) Pahang mendakwa gabungan itu ditawarkan satu kerusi EXCO jika bersetuju membentuk kerajaan dengan Barisan Nasional (BN) walaupun PN memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terbanyak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkata BN yang memenangi 16 daripada 41 kerusi DUN pula menuntut jawatan Menteri Besar dan tujuh kerusi EXCO.

Sambil menyifatkan tindakan BN itu sebagai tamak, beliau berkata ia juga seolah-olah mahu mengetepikan mandat rakyat.

Katanya, PN yang bersedia berunding membentuk Kerajaan Pahang bersama BN mahu rundingan itu bukan dengan Pakatan Harapan (PH) yang membawa agenda bertentangan dengan kepentingan rakyat.

"Tetapi BN pula menuntut jawatan Menteri Besar dan mahukan tujuh kerusi EXCO dan hanya setuju berikan PN satu kerusi EXCO sahaja walaupun mereka parti minoriti yang tiada mandat.

"Sifat tamak dan mahu mengetepikan mandat rakyat ini adalah sifat sebenar UMNO-BN yang rakyat perlu sedar.

"Saya tidak tahu apa gula-gula "pelincir" yang PH setuju tawarkan kepada BN. Saya harap tidak ada perkara menyeleweng yang ditawarkan demi kuasa dan jawatan," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Saifuddin berkata, parti yang menerima mandat terbesar daripada rakyat Pahang ialah PN.

"Itulah kehendak rakyat yang perlu dihormati," katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), PN Pahang memenangi 17 daripada 41 kerusi DUN Pahang, manakala BN hanya memperoleh 16 kerusi dan PH, lapan kerusi.

Berikutan keputusan itu, tiada parti memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1032195/pn-miliki-kerusi-dun-terbanyak-hanya-ditawarkan-1-kerusi-exco

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2022 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasalah typical UMNO.... Sesama Melayu tunjuk gengster...Rakus, tamak, selfish

Tapi bila dengan Cina, Melayu gangster lembik lutut... Terus mengalah.... Bahasa pun tiba2 jadi slang Cina
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Umno dan tamak berpisah tiada.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu dlm kerajaan tu nanti tgk lah camne... Diorg ni selagi x jatuh tersungkur terlingkup jgn harap la nk sedar diri, nk amik ikhtibar... Lg nk buat onar...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 09:23 PM | Show all posts
dah tu.. pergi la kerjasama dengan PH

haaaaaaaa

jadilah pembangkang

macam tak biasa

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.058715 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list