CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 757|Reply: 6

[Politik] 'PH yang patut bagi laluan pada saya bukan sebaliknya' - Calon BN Padang Serai, Datuk C Sivaraj yang sudah tiga tahun bekerja di kawasan itu jugak

[Copy link]
Post time 27-11-2022 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Padang Serai: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk C Sivaraj berharap Pakatan Harapan (PH) dapat memberi laluan kepadanya untuk berlawan secara satu lawan satu dengan calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Parlimen Padang Serai.

Sivaraj berkata, beliau berasa tidak adil sekiranya perlu memberi laluan kepada calon PH, Dr Mohamad Sofee Razak yang baru tiba di Padang Serai memandangkan beliau sudah tiga tahun 'bekerja' di kawasan itu.

"Sofee baru tiba di sini sehari sebelum hari penamaan calon. Jadi, adalah tidak adil untuk meminta saya memberi laluan kepada Sofee hanya kerana PH memberi laluan kepada calon BN pada pilihan raya DUN Tioman. Itu bukan masalah saya.


"Senario di sini berbeza. Saya telah berkhidmat untuk rakyat dan orang di sini, mereka mengenali saya secara peribadi kerana nama saya. Oleh itu, Sofee sepatutnya memberi laluan kepada saya.


"Adalah tidak adil anda meminta saya memberi laluan, ia tidak logik. Saya tidak akan sekali-kali bersetuju dengan itu," katanya ketika ditemui semasa kempennya di Kampung Padang di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media mengenai hasrat Sofee agar PH mencapai persefahaman dengan BN bagi memberi laluan kepada PH memenangi kerusi itu sebagai hadiah kepada Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sofee dilaporkan berharap komponen BN memberi laluan kepada PH untuk berlawan satu lawan satu dengan PN kerana beliau percaya perebutan kerusi Padang Serai sebenarnya adalah antara PH dan PN.

Semalam juga dilaporkan calon PH bagi kerusi DUN Tioman di Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly sedia memberi laluan kepada calon BN Datuk Seri Mohd Johari Hussain, sekiranya pihaknya mengarahkannya berbuat demikian.

Pengundian bagi kerusi DUN Tioman ditangguhkan berikutan kematian calon PN, Md Yunus Ramli pada hari pengundian PRU-15, 19 November lalu.

Kerusi Parlimen Padang Serai sebelum ini disandang oleh M Karupaiya, dari PH apabila memperoleh kemenangan majoriti 8,813 undi, menewaskan calon MCA, Datuk Dr Leong Yong Kong dan Mohammad Sobri Osman daripada Pas pada PRU-14.

Karupaiya, 69, dicalonkan sekali lagi oleh PH pada 5 November lalu untuk mempertahankan kerusi itu.

Bagaimanapun, beliau meninggal dunia pada 16 November lalu, dua hari selepas dimasukkan ke Hospital Kulim akibat serangan jantung.

Susulan kematiannya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk menangguhkan pengundian Padang Serai kepada 7 Disember depan.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/11/908881/ph-yang-patut-bagi-laluan-pada-saya-bukan-sebaliknya-calon-bn-padang-serai

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2022 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Sembang mcm kuat
Sekali kalah
Dasar kel
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Rebut lah dekk..menang ke tidak tu entah laaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la tu, kat tioman depa dh bg laluan kat BN.

Btw kalau tak de gomen perpaduan ni tah2 korang kena lawan gak byk penjuru.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 10:07 PM | Show all posts
bontot kuali sorang je, kecoh satu dunia

jika ada 10

matahari pun boleh padam
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya tidak akan sekali-kali bersetuju dengan itu,"

ayat politician. last lastttt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2022 10:15 PM | Show all posts
sorry la tambi

bdk2 UMNO takkan kempen untuk lu

lu kempen sundirik

waaaaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahkah

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.631384 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list