CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1033|Reply: 6

[Dunia] Muka wanita tua bertukar muda jelita kuasa solekan

[Copy link]
Post time 27-11-2022 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
OTTAWA – Seorang wanita Kanada, Chloe Fountain mendakwa bahawa dia berjaya mengubah wajah ‘180 darjah’ untuk menjadi lebih muda hanya dengan bantuan alat solek sekali gus menampilkan perbezaan yang amat ketara, lapor akhbar New York Post.

Bagaimanapun, Chloe tidak mendedahkan usia sebenarnya. Dia kerap membuatkan penonton terpegun apabila menyiarkan video dirinya sebelum dan selepas bersolek. Chloe mempamerkan wajahnya di platform penstriman video yang mana dia telah mengumpulkan lebih 991,000 pengikut di TikTok.Menurut bintang internet popular itu, dia kelihatan sangat berbeza tanpa solekan sehinggakan sesetengah orang menuduhnya menggunakan kemudahan pengeditan video sebagai cara untuk meningkatkan penampilan dirinya.

Chloe yang merupakan seorang ibu sering membuatkan orang ramai menjadi keliru dengan pengubahsuaian dramatik wajahnya sehingga ada yang enggan mempercayai dia adalah orang yang sama selepas tersiarnya klip yang kononnya menggambarkan perubahan wajahnya.

Wanita itu memberitahu New York Post bahawa dia gemar mencetuskan kontroversi ­dengan penampilan wajahnya.

“Saya cuba mencipta misteri kerana itulah yang membawa pengikut ke halaman saya. Ini matlamat saya kerana saya mahu menjadi seorang personaliti internet,” katanya.Seperti kebanyakan video lain Chloe di TikTok, ia bermula dengan dia melihat kamera dengan rupa semula jadi wanita yang mana kulitnya mempunyai beberapa kedutan, bintik-bintik dan rambutnya kelihatan tidak terurus

Ia kemudian menunjukkan wajahnya yang disolek dengan kulit mukanya kini kelihatan le­bih licin dan bibirnya yang lebih mungil serta rambut menjadi lebih kemas. – Agensi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2022 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia guna tape mcm cina2 guna tu so jadi tegang la muka dia.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
wah herlokkk ye slps make up
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 09:40 PM | Show all posts
Macam tipu je. Leher dia tegang. Takkan lah guna tape sampai ke leher. Juga dagu dia runcing.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 09:43 PM | Show all posts
kuasa make up mmg boleh tukar mcm2.. tu sbb aku x make up..kang bertukar jd karton pulak
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian lelaki kan...nak pompuan lawa2. Sampai wujud benda utk nampak cantik wpon sekadar lapisan mekap je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2022 10:43 PM | Show all posts
makita replied at 27-11-2022 09:46 PM
Kesian lelaki kan...nak pompuan lawa2. Sampai wujud benda utk nampak cantik wpon sekadar lapisan mek ...

apa pulak kesian kat lelaki

kesian kat pompuan yang tak lawa laaaaaaa

haaaaaaaaaaaaaaaaa


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.058968 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list