View: 1036|Reply: 6
|
[Dunia]
Muka wanita tua bertukar muda jelita kuasa solekan
[Copy link]
|
|
OTTAWA – Seorang wanita Kanada, Chloe Fountain mendakwa bahawa dia berjaya mengubah wajah ‘180 darjah’ untuk menjadi lebih muda hanya dengan bantuan alat solek sekali gus menampilkan perbezaan yang amat ketara, lapor akhbar New York Post.
Bagaimanapun, Chloe tidak mendedahkan usia sebenarnya. Dia kerap membuatkan penonton terpegun apabila menyiarkan video dirinya sebelum dan selepas bersolek. Chloe mempamerkan wajahnya di platform penstriman video yang mana dia telah mengumpulkan lebih 991,000 pengikut di TikTok.Menurut bintang internet popular itu, dia kelihatan sangat berbeza tanpa solekan sehinggakan sesetengah orang menuduhnya menggunakan kemudahan pengeditan video sebagai cara untuk meningkatkan penampilan dirinya.
Chloe yang merupakan seorang ibu sering membuatkan orang ramai menjadi keliru dengan pengubahsuaian dramatik wajahnya sehingga ada yang enggan mempercayai dia adalah orang yang sama selepas tersiarnya klip yang kononnya menggambarkan perubahan wajahnya.
Wanita itu memberitahu New York Post bahawa dia gemar mencetuskan kontroversi dengan penampilan wajahnya.
“Saya cuba mencipta misteri kerana itulah yang membawa pengikut ke halaman saya. Ini matlamat saya kerana saya mahu menjadi seorang personaliti internet,” katanya.Seperti kebanyakan video lain Chloe di TikTok, ia bermula dengan dia melihat kamera dengan rupa semula jadi wanita yang mana kulitnya mempunyai beberapa kedutan, bintik-bintik dan rambutnya kelihatan tidak terurus
Ia kemudian menunjukkan wajahnya yang disolek dengan kulit mukanya kini kelihatan lebih licin dan bibirnya yang lebih mungil serta rambut menjadi lebih kemas. – Agensi |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dia guna tape mcm cina2 guna tu so jadi tegang la muka dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
wah herlokkk ye slps make up
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam tipu je. Leher dia tegang. Takkan lah guna tape sampai ke leher. Juga dagu dia runcing. |
|
|
|
|
|
|
|
kuasa make up mmg boleh tukar mcm2.. tu sbb aku x make up..kang bertukar jd karton pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian lelaki kan...nak pompuan lawa2. Sampai wujud benda utk nampak cantik wpon sekadar lapisan mekap je. |
|
|
|
|
|
|
| |
|