CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 254|Reply: 0

[Selangor] 4 kenderaan rosak dihempap pokok tumbang di Pandan Jaya

[Copy link]
Post time 27-11-2022 05:08 PM | Show all posts |Read mode

Anggota bomba memotong dahan pokok yang tumbang dan menghempap kenderaan di Jalan Pandan 2/3 Pandan Jaya. - Foto Ihsan Bomba Selangor

KUALA LUMPUR: Dua motosikal antara empat kenderaan rosak ditimpa pokok tumbang dalam dua kejadian berasingan di Pandan Jaya, dekat Ampang Jaya, di sini, susulan hujan lebat dan angin kuat, petang tadi.

Selain dua motosikal itu, dua lagi kenderaan membabitkan kereta jenis Proton Waja dan sebuah van selepas masing-masing dihempap pokok.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, mengesahkan kejadian itu namun tiada mangsa dilapor tercedera dalam kedua-dua insiden berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata kejadian pertama berlaku di Jalan Pandan 2/3 di Pandan Jaya, di sini, apabila dua motosikal rosak dihempap pokok tumbang.


Katanya, sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 3.13 petang.

"Pemeriksaan di lokasi mendapati sebatang pokok tumbang dan merosakkan dua motosikal yang diletakkan di bawah pokok masing-masing jenis Yamaha NMX dan Honda Wave.

"Anggota kemudian membantu memotong serta mengalihkan dahan pokok tumbang, sebelum dua kenderaan terbabit dikeluarkan," katanya.

Dalam satu kejadian, katanya dua kenderaan membabitkan Proton Wira dan van jenis Nissan Vanette rosak dihempap pokok tumbang akibat kejadian sama berhampiran Apartmen Pandan Jaya, di Jalan Persiaran Pandan 9.

"Anggota BBP Pandan turut dihantar ke lokasi sebaik menerima laporan jam 3.38 petang sebelum membantu memotong dan mengalihkan dahan pokok berkenaan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... bang-di-pandan-jaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.051749 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list