CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 609|Reply: 11

[Politik] SIAPA SEPATUTNYA TPM?

  [Copy link]
Post time 27-11-2022 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SIAPA SEPATUTNYA TPM?

Apabila BN memilih untuk bersama PH membina kerajaan, bermakna BN sedia bekerjasama atau berganding bahu bersama musuh politiknya PH meredah segala macam cabaran yang bakal ditempuhi.

Bukan mudah membina satu ikatan yang baik di antara dua parti yang secara tradisinya bermusuhan sekian lama. Tanpa 'chemistry' agak mustahil  kerajaan perpaduan mampu bertahan sebagaimana tiadanya chemistry antara Anwar dan Mahathir, lantas kerajaan di bawah PH tumbang hanya dalam tempuh 22 bulan.

Musuh-musuh politik PH dan UMNO sudah pasti mahu melihat gandingan ini berakhir dengan kegagalan.

Siapa pernah menyangka bahawa gandingan PH-BN kini terjalin. Sudah pasti YAB Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim  mengharapkan sesuatu dari BN yang punya lebih 60 tahun pengalaman mentadbir negara.

Bak kata pepatah, ikan di laut, asam di darat, yang dianggap mustahil kini boleh bersatu jua apabila Anwar yang memimpin PH bersama DS Zahid Hamidi  yang menerajui BN.

Lebih menarik, kedua-dua sosok ini iaitu Anwar dan Zahid pernah dalam team yang sama menyanggah pendekatan Tun Mahathir. Kita mula kenal erti nepotisma dan kronisma di bawah Mahathir.

Zahid pernah ditahan di ISA kerana kelantangannya membawa suara Anwar. Malah Zahid juga terpaksa melepaskan kerusi Ketua Pemuda UMNO atas sebab yang sama.

Kedua-dua mereka iaitu Anwar dan Zahid memusuhi Mahathir sejak dulu sehingga kini. Maka tidak hairanlah jika hubungan antara Anwar-Zahid tampak intim.

Sebagaimana yang di nyatakan tadi, tanpa 'chemistry' yang baik agak mustahil Kerajaan Perpaduan mampu bertahan. Namun tiada siapa menyangka bahawa hubungan baik antara Anwar dan Zahid yang sebelum ini dikecam rupanya tuah pada negara.

Dalam situasi sekarang Anwar amat memerlukan khidmat Zahid dalam kerajaan. Kita sedia maklum bahawa Anwar lama dipenjara. Setuju atau tidak, Anwar ketinggalan dalam banyak perkara yang berhubung kait dengan soal pentadbiran kerajaan.

Sebaliknya ketika BN tewas dalam PRU-14, Zahid memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri. Zahid juga pernah menerajui beberapa kementerian lain. Lantas tidak boleh kita nafikan bahawa khidmat Zahid begitu diperlukan Anwar. Selayaknyalah maka Zahid, Presiden UMNO, harus diangkat sebagai timbalan beliau.

Pasti ada yang tidak bersetuju kerana Zahid masih berhadapan dengan 42 pertuduhan. Masih ada 42 kes yang Zahid hadap walaupun sudah bebas dari 40 pertuduhan.

Kita perlu sedar bahawa pertuduhan yang dikenakan terhadap Zahid adalah pertuduhan politik. Kita dimaklumkan bahawa 87 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya hanyalah kerana Zahid sedia korbankan dirinya mempertahankan parti keramat.

Mahathir kecewa terhadap Zahid yang ingkar pada desakannya agar UMNO dibubarkan. Atas sikap amarah dan dendam Mahathir, maka Zahid mahu dipenjarakan sebagaimana yang dikenakan terhadap DS Najib Razak.

Demi kestabilan politik, Zahid wajib diangkat kembali. Anwar juga turut bergantung kepada kestabilan UMNO. Seandainya UMNO dibiarkan bergolak maka kedudukan Anwar sebagai PM juga tidak selamat.

Kita tahu bahawa ada sekumpulan kepimpinan dalam UMNO yang begitu kepinginkan kerusi Presiden. Mereka begitu konsisten menggugat Zahid. Mereka condong ke arah Parti Perikatan Nasional (PN) dan Tan Sri Mahiaddin Yassin berbanding PH dan Anwar.

Seandainya mereka berjaya merampas kerusi Presiden, tidak mustahil mereka akan menarik balik sokongan terhadap Anwar dan Kerajaan Perpaduan dan beralih kepada PN.

Namun seandainya Zahid diangkat oleh Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri, maka serangan terhadap Zahid boleh diredakan. Kita pernah lihat betapa berkuasanya DS Ismail Sabri ketika beliau menjadi PM apabila sekumpulan pemimpin UMNO berpihak kepadanya menggoncangkan Zahid.

Win win situation, dengan perlantikan Zahid sebagai TPM, maka kedudukan Anwar sebagai PM boleh bertahan lama dan Zahid kurang diancam dalam pemilihan kepimpinan parti.

Apakah Anwar hanya mahu bertahan setahun dua sebagaimana tiga PM sebelum ini atau mahu kekal sekurang-kurangnya sehingga akhir penggal?

Pada YAB DS Anwar Ibrahim, tepuk dada tanya selera.

PadaYB DS Zahid Hamidi, demi kestabilan UMNO dan demi mengelakkan UMNO terus dihancurkan oleh para pemimpin yang tidak bertanggungjawab, DS perlu ambil serius pada cadangan ini.

RAJA ANNUAR ADNAN
27 November 2022

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-11-2022 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
raja annuar ni macai zahid yg mana pula
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2022 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Zahid harus dilantik sebagai TPM utk memastikan hayat Anwar sbg PM tidak seperti Liz Truss

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 27-11-2022 02:51 PM
Zahid harus dilantik sebagai TPM utk memastikan hayat Anwar sbg PM tidak seperti Liz Truss

44 hari jalan terus.

Rishi sunak terseyum sinis.


Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 02:54 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2022 02:57 PM | Show all posts
apa zahid buat kat korang yang korang anti sangat kat zahid ya??

bkn korang undi BN pun tu hari

nak2 pulak bkn ahli UMNO pun

setakat macai tak berbayar kat forum je poooooooooooooooooon

kecoh

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 02:57 PM | Show all posts
apa zahid buat kat korang yang korang anti sangat kat zahid ya??

bkn korang undi BN pun tu hari

nak2 pulak bkn ahli UMNO pun

setakat macai tak berbayar kat forum je poooooooooooooooooon

kecoh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2022 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
saya sokong lim guan eng tpm 1 n zahid tpm 2. baru betul2 perpaduan kluster mahkamah. bgila peluang kat lge tuh. takkan anwar je boleh lgpun lge belum masuk penjara lg.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
ladybugz replied at 27-11-2022 03:18 PM
saya sokong lim guan eng tpm 1 n zahid tpm 2. baru betul2 perpaduan kluster mahkamah. bgila peluang  ...

kalo ikut kerusi bnyk menang..PAS PM...DAP TPM la...itu baru 'meletakkan hak pada tempatnya'.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 03:30 PM | Show all posts
Wak jahit paling sesuai...sanggup tahan maki ciri yg paling penting.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2022 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
ladybugz replied at 27-11-2022 03:18 PM
saya sokong lim guan eng tpm 1 n zahid tpm 2. baru betul2 perpaduan kluster mahkamah. bgila peluang  ...

Konpem lah bang non x berani wat cam tu. Dia belajar dari apa yg Atok lalui. Dgn sokongan Zahid dan GPS, pengaruh DAP dlm kerajaan ni bole dikendurkan. Jgn lupa ye, DAP cuba menggunakan Muda utk menggantikan PKR dlm PH sblm ni. Tu yg PRN Johor, PKR bertanding guna logo sendiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.497211 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list