CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 757|Reply: 4

[Politik] Saya halang cubaan lobi 4 ADUN BN sertai PN – Saarani

  [Copy link]
Post time 27-11-2022 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
IPOH – Insiden empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional di Perak dilobi menyertai Perikatan Nasional (PN) mempercepatkan lagi proses gabungan kerajaan negeri BN bersama Pakatan Harapan (PH).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mendedahkan, ia satu tindakan politik tidak sihat dan cuba menikam belakang kerana ADUN BN tidak diebnarkan membuat keputusan secara individu tapi secara en bloc.Bila ada pihak sahkan cubaan pujuk empat ADUN sertai PN pada saya ia politik tidak sihat sama seperti 2008 dan saya tak benarkan.

“Saya buat keputusan hubungi istana dan Isnin saya pohon mengadap bersama wakil PH dan kedua-dua kami membentuk kerajaan bersama,” katanya dalam temubual bersama MalaysiaGazette yang disiarkan malam tadi.

Bagaimanapun Saarani yang juga Pengerusi BN Perak enggan menamakan siapa empat ADUN BN yang dilobi PN atas sebab keselamatan.

Untuk rekod, Akta Lompat parti belum diluluskan di Perak.Sebelum itu, Saarani juga menceritakan bagaimana kerajaan BN-PH Perak terbentuk.

Beliau mengakui PH dan PN ada menemuinya untuk membentuk kerajaan negeri namun PH lebih pantas bertindak.

Menurutnya, PH menawarkan jawatan Menteri Besar, empat Exco dan Speaker DUN manakala PN hanya akan membuat keputusan selepas mengadakan perbincangan dengan pucuk pimpinan mereka.

Pertemuan dengan PN itu dibuat bersama Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Faizal Azumu atau dikenali Peja.Sebelum itu, katanya, BN Perak sudah akur untuk menjadi pembangkang dan berharap PH dan PN bekerjasama membentuk kerajaan negeri yang kuat.

“Kami (BN) sedia jadi pembangkang tapi pembangkang wujud jika ada kerajaan. Yang gagal bentuk kerajaan adalah Peja.

“Sepatut kedua-dua mereka jumpa segera tubuh kerajaan yang kuat tak cerita saya terima jawatan (MB) kerana sebelum itu saya rela jadi pembangkang,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Saarani juga mengambil pendekatan memaafkan semua pihak yang mengecamnya kerana mengadakan kerjasama dengan PH.

“Saya ambil tindakan memafkan semua orang yang mengecam, mengeji, memfitnah, mencarut kerana saya tahu orang di luar sana tidak faham,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2022 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
MB Perak terbaik...DAP pun dgr ckp dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2022 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 05:53 PM | Show all posts
ini semua salah mudin

abis bdk2 PAS terkena suwei cirit mudin

haaaaaaaaaa

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.328394 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list