CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 263|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang naik taraf galeri sukan jadi ‘mesra keluarga’

[Copy link]
Post time 27-11-2022 01:26 PM | Show all posts |Read mode

CHOW Kon Yeow ditemani Soon Lip Chee (kanan) ketika meninjau ruang pameran mengenai atlet kelahiran Pulau Pinang di Galeri Sukan Negeri Pulau Pinang di Seberang Jaya.

BUKIT MERTAJAM: Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM200,000 untuk kerja-kerja ubah suai dan naik taraf Galeri Sukan Negeri Pulau Pinang yang terletak di Kompleks Sukan & Rekreasi Sony, Seberang Jaya di sini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pengubahsuaian serta penaiktarafan galeri sukan itu dibuat untuk disesuaikan dengan konsep ‘mesra keluarga’ apabila beberapa ruang di dalamnya juga diubah bagi membolehkan kanak-kanak turut sama menikmati suasana galeri tersebut.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang amat mengalu-alukan penglibatan dan penyertaan daripada semua khususnya dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah dengan harapan dapat memberi inspirasi kepada mereka.

“Walaupun galeri sukan ini mungkin dilihat berskala kecil, namun jika menerima sambutan yang baik, kita akan kembangkan galeri ini menjadi lebih elok (dan besar),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis perasmian galeri sukan itu di sini yang turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Soon Lip Chee dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP), Harry Chai Heng Hua.

Hadir sama beberapa bekas atlet terkemuka dan berpengalaman kelahiran Pulau Pinang termasuk Ku Jin Keat dan Lim Lee Lee bagi acara karate; Mohd. Fauzi Khalid (pencak silat); Nur Azlia Syafinaz Mohd. Zais (berbasikal para) serta beberapa atlet veteran lain.

Terdahulu, cadangan mewujudkan galeri berkenaan dikemukakan Lip Chee dengan objektif menyediakan satu ruangan khas bagi mempamerkan sejarah sukan negeri kepada masyarakat umum.

Selain itu, kewujudan galeri sukan yang pertama di Pulau Pinang itu juga dianggap sebagai platform untuk menghargai segala pencapaian atlet di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, antara keistimewaan yang terdapat di galeri sukan tersebut adalah ruang menempatkan peralatan sukan, piala-piala serta pingat-pingat kemenangan yang disumbangkan oleh atlet negeri bertaraf antarabangsa seperti Datuk Lee Chong Wei dalam acara badminton dan Datuk Nicol Ann David (skuasy).

Ketika ini katanya, galeri sukan itu dibuka secara percuma, namun mereka yang berminat perlu mendaftar atau membuat tempahan melalui laman sesawang MSNPP.

“Saya berharap kewujudan galeri sukan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak sekali gus menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan dalam kalangan para atlet dari negeri ini,” ujar beliau.

Difahamkan, sehingga kini terdapat lebih daripada 20 biodata dan maklumat mengenai atlet kelahiran Pulau Pinang yang berjaya mencipta nama ditempatkan di galeri berkenaan. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... adi-mesra-keluarga/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.484966 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list