CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 272|Reply: 0

[Kedah] Pelajar sekolah agama maut kemalangan

[Copy link]
Post time 27-11-2022 01:12 PM | Show all posts |Read mode

MANGSA kemalangan di persimpangan jalan Kampung Gajah Puteh, petang semalam. FOTO ihsan Bridget Sukarelawan Yayasan Jariah Malaysia

Sik: Pelajar sekolah agama maut manakala rakannya cedera selepas motosikal yang dinaiki terbabit dalam kemalangan di persimpangan jalan Kampung Gajah Puteh, di sini, petang semalam.

Kemalangan jam 6.30 petang itu menyebabkan Muhammad Naufal Muhammad Lutfi, 15, pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Irsyadiah Pondok Ampang, Jeneri maut selepas parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sik.


"Ketika kejadian sebuah lori dari arah jalan Sungai Tiang tidak sempat mengelak motosikal yang ditunggangi rakan mangsa yang ingin membelok masuk dari arah Kota Bukit.

"Akibat perlanggaran itu, mangsa melambung dan jatuh ke bahu jalan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abdull Razak berkata, rakan mangsa hanya mengalami kecederaan tidak serius dan menerima rawatan di Hospital Sik.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ama-maut-kemalangan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.124869 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list