View: 1140|Reply: 15
|
[Tempatan]
Doktor Malaysia cipta hijab dipakai di hospital UK
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Kesungguhan pakar bedah, Dr Farah Shaheera Roslan, 28, yang berusaha menyelesaikan masalah doktor wanita Muslim berhijab di bilik pembedahan (OT) di luar negara akhirnya terbalas apabila beberapa hospital di United Kingdom (UK) menggunapakai tudung steril pakai buang itu.
Tahun lalu, beliau pernah tular kerana mencipta sejarah dalam menyelesaikan masalah doktor wanita Muslim berhijab berikutan terdapat kekangan pemakaian tudung yang dianggap tidak mengikut prosedur standard ditetapkan.
Sebelum ini, pernah dilaporkan juga pengalaman beliau diminta keluar dari bilik OT, di Queens Medical Centre, di UK disebabkan memakai tudung tidak sesuai mengikut prosedur standard, sehingga menjadi titik tolak Dr Farah Shaheera, mencipta sejarah dalam menyelesaikan masalah doktor wanita Muslim berhijab.
Susulan itu, anak kelahiran Seremban ini berusaha merealisasikan dan ideanya itu mendapat sambutan positif, sekali gus mendapat pengiktirafan Mary Seacole NHS Leadership Academy Award 2020, selain dicalonkan dalam British Muslim Award 2020.
Memetik katanya tahun lalu, beliau bertugas di Northampton General Hospital, UK, berkata biarpun pada dasarnya, hijab pakai buang ini bukan perkara wajib ketika di OT kerana tudung lain yang bersih juga boleh digunakan, tetapi sekurang-kurangnya ia membantu menyelesaikan masalah menutup aurat ketika di OT jika keadaan mendesak.
"Tidak bermakna, wanita Muslim tidak boleh menutup aurat ketika bertugas di OT. Bahkan melihat kepada kos sehelai hijab pakai buang ini juga tidak mahal iaitu kira-kira 1.1 Pound sterling (RM5.98) saja," katanya.
Pengiktirafan penggunaan tudung steril pakai buang di beberapa hospital UK itu, didedahkan menerusi ciapan di satu Twitter dikenali Alhamdulillah, pada Jumaat.
Berikutan itu, beberapa warganet mengucapkan tahniah atas kejayaan Dr Farah Shaheera sekali gus dilihat mengharumkan nama negara kerana berjaya menyelesaikan masalah ini di peringkat global.
Warganet dikenali Loki memetik nama Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM), Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk menggunakan hijab steril pakai buang ini kerana ia mulai mudah didapati.
Selain itu, warganet dikenali Umm e Ali berkata, beliau pernah berdebat dengan penyelianya di hospital tentera di Rawalpindi, Pakistan untuk menanggalkan lengan bajunya walaupun ia sudah di steril dan dibasuh.
"MashaAllah semoga Allah memberi ganjaran kepadanya," katanya.
Manakala warganet dengan nama living mengucapkan tahniah mewakili semua rakyat Malaysia.
https://www.bharian.com.my/wanita/lain-lain/2022/11/1032145/doktor-malaysia-cipta-hijab-dipakai-di-hospital-uk |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Bukan org yg sama ke dulu yg cipta hijab untuk pekerja2 muslim di hospital UK? |
|
|
|
|
|
|
|
suka karektor muslim berhijab fatima dlm NCIS L.A. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang penting awning tudung tak herot mcm tudung Nurul izzah |
|
|
|
|
|
|
|
mantap la
menggelupur dubo etis2 berkulop baca berita ni
mesti ada je tak kena
|
|
|
|
|
|
|
|
Solokkk replied at 27-11-2022 12:54 PM
Bukan org yg sama ke dulu yg cipta hijab untuk pekerja2 muslim di hospital UK?
berita recycle |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 27-11-2022 02:46 PM
berita recycle
Tu la. Macam pernah baca citer nih lama dulu, baca kat forum cari gak rasanya |
|
|
|
|
|
|
|
Solokkk replied at 27-11-2022 02:53 PM
Tu la. Macam pernah baca citer nih lama dulu, baca kat forum cari gak rasanya
mmg kat sini. Tkde berita lain nak letak, recycle je
sama astro |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Doktor muda ini |
|
|
|
|
|
|
|
Siku ke pergelangan tgn bukan aurat ke |
|
|
|
|
|
|
|
tikusmontok replied at 27-11-2022 04:19 PM
Siku ke pergelangan tgn bukan aurat ke
Good question |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 27-11-2022 02:46 PM
berita recycle
Aah .rasanya no kali ke 3 citer sama..iols baca masa zmn sblm pkp lagi kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 27-11-2022 05:11 AM
suka karektor muslim berhijab fatima dlm NCIS L.A.
Fatima tu dari Iran. Hati hati |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 27-11-2022 06:23 PM
Fatima tu dari Iran. Hati hati
sama cam Tala Ashe jugok...tiber jer iranian jd pelakon kt us sana... |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 27-11-2022 10:26 AM
sama cam Tala Ashe jugok...tiber jer iranian jd pelakon kt us sana...
Shah Iran punya princess hidup dlm buangan di U.S
Dah xde rupa Iran. Technically Iran dan U.S masih
Berkawan baik. |
|
|
|
|
|
|
| |
|