View: 2719|Reply: 48
|
[Tempatan]
Tujuh beranak semua jadi doktor
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Bukan sahaja mewarisi kebijaksanaan bapa, malah kesemua enam anak Dr Wan Ahmad Kamal Wan Annuar, 72, meneruskan legasi dengan mengikut jejak langkahnya memilih bidang perubatan sebagai kerjaya.
Lima daripada enam anak Dr Wan Ahmad Kamal yang juga pakar perunding perubatan dan kulit, kini bergelar pakar perunding dalam bidang kepakaran masing-masing.
Mereka ialah Dr Wan Syazli Rodzaian, 44, iaitu pakar perunding pembedahan plastik dan rekonstruktif, Dr Wan Syameen Afira, 42, (pakar perunding kulit dan estetik), Dr Wan Syahira Ellani, 39, (pakar perunding histopatologi), Dr Wan Syamir Zharif, 37, (pakar perunding buah pinggang), Dr Wan Syazween Lyana, 36, (pakar perunding kulit dan estetik) manakala Dr Wan Suzanna Maria, 29, ialah doktor perubatan dan peguam.
Dr Wan Ahmad Kamal berkata, beliau dan isteri, Julie Yacob, 68, tidak merancang untuk memastikan kesemua anak mereka menjadi doktor.
Malah, mereka hanya menyangka hanya seorang atau dua daripada mereka yang menceburi bidang itu.
Menurutnya, berkemungkinan, pendedahan beliau merawat pesakit di klinik kepada anak-anak sejak kecil, menimbulkan minat mereka dalam bidang berkenaan.
"Di klinik kulit saya, ada ruang khas untuk keluarga dan anak-anak sering datang ke klinik selepas pulang dari sekolah atau pada masa lapang. Malah, mereka suka melihat saya merawat pesakit dan turut membantu memberikan ubat kepada pesakit," katanya.
Ditanya berkaitan rahsia kejayaan mendidik anak-anak, Dr Wan Ahmad Kamal berkata, sebagai ibu bapa, mereka sangat mengambil berat terhadap pelajaran anak-anak dan sentiasa mendorong menanam keyakinan diri.
"Kami juga sentiasa menggalakkan anak-anak untuk mencapai yang terbaik dalam pelajaran dan kehidupan. Di samping itu, kami memberikan pujian walaupun kebaikan yang mereka dilakukan adalah kecil. Ditambah pula, hubungan kekeluargaan di antara kami sangat rapat dan ini menjadikan anak-anak terbuka untuk berkongsi masalah, sama ada berkaitan pelajaran atau lain-lain," katanya.
Selain itu, kata Dr Wan Ahmad, keluarga mereka juga mempunyai tabiat suka membaca dan ini membantu membentuk kecemerlangan pendidikan anak-anak.
Dr Wan Ahmad Kamal berkata, beliau sering ditanya mengenai makanan yang diberikan kepada anak-anak ketika kecil berikutan kejayaan mereka di dalam pelajaran.
Katanya, beliau tidak mempunyai sebarang makanan khusus yang diberikan kepada anak-anak tetapi menekankan kepada pengambilan makanan segar, seimbang, rendah lemak dan kurang minyak.
"Anak-anak juga lebih menggemari makanan yang dimasak oleh ibu mereka.
"Ibu mereka pula suka bertanya kepada anak-anak makanan yang mereka mahu makan sebelum memasaknya," katanya.
Dr Wan Ahmad Kamal berharap serta bedoa yang kesemua anak-anaknya terus berjaya dalam kerjaya masing-masing malah dapat memberikan rawatan terbaik kepada pesakit dengan sepenuh hati.
https://www.hmetro.com.my/utama/2022/11/908745/tujuh-beranak-semua-jadi-doktor |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah 
Pekat DNA doktornya |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 27-11-2022 12:23 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kalau salah sorang jadi misi atau bidan sure kena pulau... |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah..tapi tak da pelik sangat..Dr Rosman kat Kg Baru pun anak dia semua Doktor jugak.Dr Hatta Ramli pun sama kalau tak silap. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini iols suka baca..
Tahniah keluarga ni.
Hebat mak ayahnya mendidik anak dengan sebaiknya |
|
|
|
|
|
|
|
macam famili kat kampung nenek aku lah, bapak kaki penyamun dan penagih, anak dia semua pun berjaya jadi kaki penyamun dan penagih. cuma mak dia je jadi kaki bekap, silap cakap semua dia nak parangkan  |
|
|
|
|
|
|
|
Ini la yg patut orang muslim tak kira b40, m40, t20 highlightkan n jadi idol so tht jadi ikutan semua bukan jadi POLitaIk yang kija merembat duit orang instead tolong orang. Or Retis yang nak glamer aja. Ini baru betul sangat hebat. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi pelik kalau bapa doktor anak semua rempit
|
|
|
|
|
|
|
|
yg sorang lagi anak tu tak diceritakan pulak .... kena sisih ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
airisa replied at 27-11-2022 01:34 PM
yg sorang lagi anak tu tak diceritakan pulak .... kena sisih ke?
X lah. Yg youngest tu kan doktor juga, cuma belum capai tahap pakar mcm kakak abang. |
|
|
|
|
|
|
|
mesti banyak harta faraid diorang khueeeeeeeeeeeeeeeeeeeeenzst
  |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha...
ibubapa ada pengaruh besar terhadap kerjaya anak-anak mereka nanti...
|
|
|
|
|
|
|
|
Almost 1 family tu plk x byr cukai...ehhh
|
|
|
|
|
|
|
|
ini tak pelik...sebab DNA dokto....
tgh tunggu berita bapak penagih...mak penagih jugak....
tapi anak2 semua PHD....
baru berita gempak bak hang..... |
|
|
|
|
|
|
|
wahh elok sangat ni.. Alhamdulillah |
|
|
|
|
|
|
|
Yang bongsu bukan setakat dr.malah lawyer jgak
Dah nikah blum tu?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|