CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 225|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Hari bahagia empat Fatin

[Copy link]
Post time 27-11-2022 11:20 AM | Show all posts |Read mode

DUA pasangan kembar bergambar kenangan bersama ibu mereka, Faridah Che Salam FOTO Ihsan UniMAP.

Kuala Lumpur: Pastinya menjadi memori yang cukup bermakna buat dua pasangan kembar adik-beradik kerana dapat bergraduasi serentak pada Istiadat Konvokesyen ke-16 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), semalam.

Mereka ialah Nur Fatin Adili Ibrahim dan Nur Fatin Adila Ibrahim, 23 yang juga siswazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa manakala kakak kembar mereka, Nur Fatin Adina, 24, adalah siswazah Kejuruteraan Mekanikal dengan pasangan kembarnya Nur Fatin Adini, 24, pula siswazah Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan.

Adila berkata, mereka memilih untuk melanjutkan pengajian ke UniMAP pada tahun September 2017 manakala kakak mereka iaitu Adina dan Adini mendaftar ke UniMAP lebih awal iaitu pada tahun 2016.


Katanya, beliau juga kini melanjutkan pengajian peringkat Sarjana di UniMAP manakala pasangan kembarnya, Adila sudah bekerja di sebuah syarikat swasta manakala Adini serta Adina juga melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana di universiti berkenaan.

"Adina dan Adini mengambil kursus kejuruteraan selama empat tahun manakala Adili serta Adila mengambil kursus perniagaan antarabangsa selama tiga tahun yang menjadikan kami bergraduasi di UniMAP serentak pada Konvokesyen-16.

Adili dan Adila adalah antara 407 siswazah yang menerima skrol ijazah daripada Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Tuanku Pro Canselor pada Sidang Dua, semalam sementara Adina bergraduasi pada Sidang Enam dan Adini bergraduasi pada Sidang Tiga.

Sementara itu, Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Dr Zaliman Sauli berkata, pada Istiadat Konvokesyen ke-16 UniMAP, seramai 3,066 graduan menerima skrol Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma meliputi lapan sidang.

Katanya, bagi sidang satu pula, sebanyak tiga Ijazah Kehormat, empat Anugerah Khas dengan 11 penerima, 56 Ijazah Doktor Falsafah dan 116 Ijazah Sarjana serta 243 siswazah Sarjana Muda Keusahawanan Kejuruteraan dari Fakulti Perniagaan dan Komunikasi (FPK).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bahagia-empat-fatin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.109579 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list