CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1129|Reply: 11

[Dunia] Virus mirip Covid-19 dikesan di China

  [Copy link]
Post time 27-11-2022 09:29 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 26-11-2022 05:30 PM


Dua saintis membuat kajian di sebuah makmal di Institut Virologi Wuhan, China. - Getty Images


Virus mirip Covid-19 dikesan di China

  • Oleh KOSMO!
  • 27 November 2022, 8:05 am


Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegramBEIJING – Sejenis virus seperti Covid-19 dikesan pada kelawar di selatan China dengan pakar-pakar perubatan menyuarakan kebimbangan bahawa ia boleh berjangkit kepada manusia, lapor akhbar Daily Star kelmarin.


Beijing sejenis Virus yang dikenali sebagai BtSY2 itu mempunyai kaitan rapat dengan Sindrom Pernafasan Akut Teruk 2 (SARS-CoV-2) yang menjadi punca kepada wabak Covid-19 dan telah membunuh lebih enam juta orang di seluruh dunia selepas ia didakwa pertama kali muncul di China pada tahun 2019.

Ia merupakan satu daripada lima jenis ‘virus yang dibimbangi’ yang ditemui pada kelawar di seluruh wilayah Yunnan dan berkemungkinan menjadi patogen kepada manusia atau haiwan ternakan, kata saintis-saintis.

Penyelidikan yang membimbangkan mengenai kelawar itu diketuai oleh pakar-pakar di Universiti Sun Yat-sen, Institut Kawalan Penyakit Endemik Yunnan dan Universiti Sydney, lapor portal berita MailOnline.

“Kami mengenal pasti lima spesies virus yang berkemungkinan menjadi patogenik kepada manusia atau ternakan termasuk virus korona penggabungan semula seperti SARS yang berkait rapat dengan kedua-dua SARS-CoV-2 dan 50 SARS-CoV.

“Kajian kami menyerlahkan kejadian biasa tentang penghantaran antara spesies dan jangkitan bersama virus kelawar serta implikasinya terhadap kemunculan virus tersebut,” kata kertas kajian tersebut.

Pasukan penyelidik dalam masa sama turut memberi amaran mengenai penyakit zoonotik baharu, yang disebabkan oleh patogen yang menular kepada manusia daripada haiwan.

Patogen merupakan mikroorganisme yang mampu menyebabkan penyakit. Mikrob tersebut dapat menjadikan imuniti tubuh menjadi lemah dan merebak dalam populasi manusia menerusi pelbagai cara.

Sementara itu, dalam kajian tersebut, para penyelidik mengumpulkan sampel rektum 149 kelawar daripada 15 spesies di enam daerah bandar di seluruh wilayah Yunnan.
RNA, atau asid nukleik yang hadir dalam sel hidup kemudian diekstrak dan disusun secara individu untuk setiap kelawar.

Apa yang membimbangkan adalah hasilnya mendapati berlakunya kekerapan tinggi bagi berbilang virus yang menjangkiti setiap seekor kelawar pada satu-satu masa.

“Ini boleh menyebabkan virus sedia ada menukar bit kod genetiknya, satu proses yang dikenali sebagai ‘penggabungan semula’ untuk membentuk patogen,” kata pakar virologi dari Universiti Nottingham, Profesor Jonathan Ball.

Menurut Ball, mesej utama yang diketengahkan adalah individu boleh menampung sejumlah besar spesies virus yang berbeza namun, kadang-kadang menjadi perumah kepada virus pada masa sama.

“Jangkitan bersama seperti itu, terutamanya dengan virus berkaitan seperti virus korona memberi peluang kepada virus untuk menukar maklumat genetik yang kritikal dan secara semula jadi menimbulkan varian baharu,” katanya kepada akhbar The Telegraph. – Agensi







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2022 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Inilah akibatnya sembelih kelawar tak baca Bismillah
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
pulakk..
i pun xsht ni..batuk batuk truk sejak covid melanda ni first time dpt gini..dh check negative..
pdhl pakai mask jer selalu
.jangkit batuk ngn cicak kt ofis..sejenis cicak yg xpakai mask..dh la gemuk..xnk pakai mask.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 08:31 PM | Show all posts
virus sbb tak cebok berak dan kulop bersih2 kot

bangsa etis khueeeeeeeeeeeeeeeeeeeenzzzzzzzst

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 08:32 PM | Show all posts
edayildiz replied at 27-11-2022 09:53 AM
pulakk..
i pun xsht ni..batuk batuk truk sejak covid melanda ni first time dpt gini..dh check negati ...

cicak gemuk batuk???


Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Virus bts la pulak..hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2022 08:40 AM | Show all posts
#rindupkp97%

- Amnan Hibrahim
- wartawan sinar hairan
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 01:51 PM | Show all posts
alasan nak lockdown rakyat sampai abang jamil mampuss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2022 11:19 PM | Show all posts

ah shitlah fedup aku
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 11:28 PM | Show all posts

Mudah2an kita dijauhkan dari bala bencana penyakit dan lain2 keburukan. Ameen.  
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 03:31 AM From the mobile phone | Show all posts
apa lagi la kau ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Covid 22 plak..pstu merebak..pstu kerajaan Anwar tumbang.psl gagal tangani covid 22.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.068220 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list