CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4389|Reply: 70

[Tempatan] Barisan kabinet kerajaan, cabaran sebenar Anwar kini bermula

  [Copy link]
Post time 27-11-2022 08:24 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM - Kerajaan baharu harus memberikan fokus untuk menangani lima perkara utama dihadapi rakyat Malaysia dalam tempoh terdekat.

Presiden Emir Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff berkata, ia adalah berkaitan kos sara hidup, menambah baik sistem kesihatan, meningkatkan kualiti pendidikan, memastikan kemampuan pemilikan rumah, mengurangkan pengangguran dan termasuk masalah kerja di bawah taraf pendidikan atau ‘underemployment’.

Menurutnya, kesemua isu berkenaan perlu ditangani memandangkan negara bakal turut terkesan dengan risiko kemelesetan ekonomi global pada tahun hadapan.

Jadi saya fikir ini adalah perkara teras dalam jangka waktu pendek yang kerajaan perlu fokuskan,” katanya ketika menjadi panelis dalam program Sinar Live bertajuk Anwar PM10: Harapan Baharu Rakyat Malaysia.

Sementara itu, Rais berkata, dari segi perubahan jangka masa sederhana dan panjang, kerajaan perlu melaksanakan reformasi institusi termasuk dalam usaha memastikan kebebasan badan kehakiman.

“Kalau kita mengikut pelan begini, insy-ALLAH kita dalam landasan trajektori untuk kita memulihkan semula negara. Jika tidak kita akan berhadapan dengan masalah,” ujarnya.

Berita terkait...

Sehingga artikel ini ditulis, Sinar Harian difahamkan tiada sebarang perbincangan melibatkan parti komponen Pakatan Harapan (PH) mahupun parti yang menyokong pembentukan kerajaan perpaduan diadakan bagi membincangkan pelantikan barisan Jemaah Menteri.

Rata-rata pemerhati dan penganalisis politik berpandangan, Anwar yang juga pengerusi PH bakal berdepan dengan cabaran dalam menguruskan kerajaan perpaduan yang stabil dan kukuh.

Usaha menyatukan parti-parti politik yang berbeza idealogi juga merupakan ‘beban’ yang perlu dipikul Ahli Parlimen Tambun itu selain pembentangan Bajet 2023 yang perlu dilakukan bagi melaksanakan sekurang-kurangnya bayaran gaji untuk penjawat awam.

Namun hari ini tumpuan Anwar terarah kepada perbincangan bersama agensi dan jabatan terlibat mengenai kos sara hidup rakyat yang telah menjadi fokus utamanya setelah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Khamis lalu.

Tekanan kos sara hidup sudah semestinya menjadi perkara utama diperjuangkan rakyat yang mahu kerajaan melaksanakan langkah mengurangkan beban, apatah lagi tahun 2023 dikatakan seluruh dunia akan mengalami kemelesetan ekonomi.

https://www.sinarharian.com.my/article/233553/suara-sinar/analisis-sinar/barisan-kabinet-kerajaan-perpaduan-jadi-tumpuan-rakyat









Multiple Polls: ( Max 5 choices ), Total 68 Users voted

Poll is finished

21.57% (55)
9.80% (25)
4.71% (12)
15.29% (39)
6.67% (17)
7.45% (19)
13.73% (35)
4.71% (12)
3.53% (9)
11.76% (30)
0.78% (2)
Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2022 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Jenuh nak create jawatan baru
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo bole 10 kementerian je
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kementerian tinggal skit so beban menteri makin bertambah. Gaji plak kna potong..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Good luck Anwar....aku harap sgt Malaysia bertambah cemerlang di bawah pimpinan baru ni..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Konon nak banteras penyamun tapi bawa masuk penyamun dalam kabinet
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2022 09:31 AM | Show all posts
masalah pendatang asing
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 09:37 AM | Show all posts
masalah LGTV4KHD
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2022 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 27-11-2022 09:23 AM
Konon nak banteras penyamun tapi bawa masuk penyamun dalam kabinet

Kannnn..... Demi secebis sokongan nk jd piyem
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Abahkow dulu lepas angkat sumpah boleh lagi main golf 2-3 hari..dah bising rakyat panggil sebab covid dh menggila baru terkial kial nak buat perutusan

Rileks..MP kena angkat sumpah dulu..plan2 pun kalau tetiba meninggal kan rosak plan
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Good luck Pak Non. Kami dgn tunggu janji2 yg berdegar2 masa kempen PRU15 dulu tuh yerk. Kamu pun faham konsep: hari nih kawen, takkan besok beranak
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena tenang2 bang non jangan bwk perangai gelojoh hang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Solokkk replied at 27-11-2022 10:07 AM
Good luck Pak Non. Kami dgn tunggu janji2 yg berdegar2 masa kempen PRU15 dulu tuh yerk. Kamu pun fah ...

Hari ni ahad pun dia ada meeting pasal kos sara hidup .bwak bersabar.pm sblm ni x penah  lagi dengar meeting hari cuti psl rakyat.yg tau langkah sheraton tu hari ahad
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
unguaurora replied at 27-11-2022 08:58 AM
Kementerian tinggal skit so beban menteri makin bertambah. Gaji plak kna potong..


Aku reserve comment aku dulu pasal ni..

Sbb masa anwar jadi penasihat gomen selangor, dia demand nak ada pegawai2 lantikan politik utk pejabat penasihat... padahal jawatan penasihat je punnnnn.. tak perlu laaaa ada ramai pegawai lantikan politik...  semua staf jambu2 dia amek, tmasuk saiful hahahahhah
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 27-11-2022 10:30 AM
Aku reserve comment aku dulu pasal ni..

Sbb masa anwar jadi penasihat gomen selangor, dia demand  ...

Saiful jambu? Ramai lg mat rempit jambu dari saiful. Aiyo. Sbb tu orang mcm ko tu senang percaya anwar tu gay/bisex
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Solokkk at 27-11-2022 10:52 AM
alesandra replied at 27-11-2022 10:12 AM
Hari ni ahad pun dia ada meeting pasal kos sara hidup .bwak bersabar.pm sblm ni x penah  lagi deng ...


Kami geng2 atas pagar,  walaupun ada yg solid padu NO to PH, memang sabar menunggu janji2 PRU15 . Kami pentingkan action, bukan janji bulan bintang . Walaupun prinsip dah disondol, tolong deliver janji2 yerk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2022 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 27-11-2022 10:09 AM
Kena tenang2 bang non jangan bwk perangai gelojoh hang tu.

Yup…Pak Non, masa dulu2, senang kena provoke. So, jadi makanan atok la dulu2
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 27-11-2022 08:48 AM
Kalo bole 10 kementerian je

apa??? ikut barisan menteri filem musang berjanggut ka??? Ada menteri nikah kawen ka???
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Solokkk replied at 27-11-2022 10:38 AM
Kami geng2 atas pagar,  walaupun ada yg solid padu NO to PH, memang sabar menunggu janji2 PRU15 :l ...

Atas pagar tp solid NO PH?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Solokkk at 27-11-2022 11:03 AM
axl_bach replied at 27-11-2022 10:48 AM
Atas pagar tp solid NO PH?


Yup….sebab dah kena kencing 22 bulan dulu. So, atas pagar untuk parti2 lain. Aku tak tahu the right term kes macam nih Partly atas pagar? Bergayut atas pagar?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.093829 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list