CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1117|Reply: 18

[Politik] "Saya tidak mahu laporan 'indah' tapi tidak tepat" - Anwar

[Copy link]
Post time 27-11-2022 01:29 AM | Show all posts |Read mode
"Saya tidak mahu laporan 'indah' tapi tidak tepat" - Anwar


Anwar bersalaman dengan jemaah ketika menghadiri Majlis Solat Hajat, Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat di Masjid Ashabus Solihin, Kajang malam ini.


KAJANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya mengemukakan laporan tepat berhubung situasi semasa negara yang disediakan mereka dan mengelak memberikan gambaran tidak benar berhubung sesuatu perihal .

Perdana Menteri berkata, ia bagi mengelakkan rakyat menjadi mangsa bagi laporan tidak tepat diketengahkan pihak berkaitan, menyebabkan mereka terdedah kepada pelbagai kemungkinan yang akan menjejaskan kelangsungan kehidupan masing-masing.

Beliau mengetengahkan hikayat pembesar diberikan laporan kurang tepat berhubung situasi semasa dihadapi rakyat di sebuah kawasan, berkata masyarakat di situ menjadi miskin dan papa kedana selepas diserang lanun.

"Ada pembesar ketika itu, tanya bagaimana keadaan sekarang dan bawahannya menjelaskan sesungguhnya kami ini, nelayan dan petani, semuanya dalam keadaan baik dan masing-masing mempunyai harta mencukupi. Kemudian, lanun menyerang kampung dan rakyat miskin dan dipapakedanakan.

"Sebab itu laporan perlulah benar. Saya, dalam pertemuan pertama dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, baru-baru ini, saya jelaskan tidak mahukan laporan 'indah'.

"Ini kerana saya mahu beri tahu (kepada rakyat) dan tidak mahu bertolak ansur, kalau tiada, buat cara tidak ada. Kita beritahu rakyat, minta ampun dan maaf kepada rakyat, tidak ada. Namun, kalau kita umpamanya bersekongkol dengan pihak berkepentingan pastinya kesudahan akan berlainan," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Solat Hajat, Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat di Masjid Ashabus Solihin dekat sini, malam ini.

Yang turut hadir isterinya yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan dan bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik.

Sementara itu, Anwar beriltizam menjadi pemimpin Melayu dan Islam yang mengikut budaya Melayu tulen dan semangat Islam sebenar untuk melaksanakan keadilan berlandaskan Islam.

Ini kerana, katanya, masyarakat tidak akan menghormati mana-mana pemimpin Melayu dan Islam jika memiliki ciri tamak dan zalim kepada masyarakat.

"Jadi bila bukan Islam tengok...rupanya ada pemimpin Melayu dan Islam yang bukan kaki curi harta. Insya-Allah saya akan laksanakan tugas sebaiknya," katanya yang juga Presiden PKR merangkap Pengerusi Pakatan Harapan.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... i-tidak-tepat-anwar

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2022 02:28 AM | Show all posts
Statement ni selari dengan kata-kata dan imej yang dia nak bawa dan war-warkan sebelum ini. Nampaknya dia dah mulai corakkan jenis management yang dia nak.

...dan ianya kelihatan bagus untuk rakyat kerana mempunyai kesan terus untuk nak perbaiki keadaan rakyat tetapi pelaksanaannya nanti bagaimana masih belum tahu.

...tetapi ini tak cukup, selain dari bab ini, anwar kena ada jugak wawasan bagi mencorakkan halatuju negara terutamanya dari segi ekonomi kerana cabaran ekonomi ni sentiasa berubah dan kerana ianya mempunyai kesan terus kepada keadaan rakyat, masa depan rakyat dan negara...

ingat lagi management mahatir terlalu menumpukan bahagian ini, spt buat kereta terbanglah sehingga aku suspect dia tarik banyak peruntukan dari tempat lain untuk projek ni..

aku juga suspect dia utamakan ini kerana dia nak nama jadi gah semula... ini sebabnya juga dia terpaksa protect apa yang dia nak buat, iaitu bajet utk keperluan rakyat perlu dikurangkan maka kena protect dengan statement orang miskin tolong orang kaya, melayu pemalaslah... kerana tak mahu projeknya tak ada bajet...

.. harap dia jugak dapat bawak pelabur luarlah .. masa kempen pilihanraya ada yg kata hubungan luar bagus maka senang bawa pelabur..

utamakan juga malaysia ada kegiatan ekonomi yang besar dan sustainable supaya keadaan kehidupan rakyat boleh maintain bila berlaku kejutan buruk ekonomi  ... masa najib aku rasa policynya asal ada bisnes..belasah jer semua bisnes tak kiralah berapa besar hutangnya yang akan ditanggung oleh beberapa keturunan rakyat..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 02:43 AM From the mobile phone | Show all posts
"Ini kerana saya mahu beri tahu (kepada rakyat) dan tidak mahu bertolak ansur, kalau tiada, buat cara tidak ada. Kita beritahu rakyat, minta ampun dan maaf kepada rakyat, tidak ada."

Teringat horror 22 bulan... Rakyat disuruh ikat perut... Jangan bergantung kepada kerajaan....

Bersiap sedialah semua. Sambil dengar alasan alasan menyalahkan kerajaan terdahulu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 03:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by BartholomewKuma at 27-11-2022 03:14 AM

Apa hat pentin disini ialah, hang kena kontrol dan hati2 dengan cina cina kiasu DAP hat hang bersekongkol tu. Depa hat suka dok mintak macam2. Kalu betui tak buleh habaq teruih terang kata tak buleh. Jangan pulak teloq hang dah kena ramaih dengan cina2 tu hang ejaih jugak bagi buleh benda hat tak buleh. Hang kena ingat tuuuu. Jangan esok2 hang kata lein pulak. Jangan esok depa mintak tukaq signboard bahasa cina hang kata buleh pulak, jangan esok depa mintak surat rasmi kerajaan bahasa cina hang dok diam tak kata apa pulakkkk. Kot2 la hang kata surat bahasa cina tu tak apa kita buleh guna gugel translate. Aku sendiri pi hempuk kepala hang dengan tiang sign board bahasa cina
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 03:18 AM | Show all posts
Bukan qku nak!memuji jugakk sbb qku bukan fan anwar tp kan tak pernah ada pm ckp benda2 mcm dia, ok Tun M ada buat potong gaji menteri semua, kira dorg je lah yg lain dr yg lain.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 03:25 AM From the mobile phone | Show all posts
BartholomewKuma replied at 27-11-2022 03:11 AM
Apa hat pentin disini ialah, hang kena kontrol dan hati2 dengan cina cina kiasu DAP hat hang berseko ...

Masalahnya teloq kena ramaih kena jilat China Doll ni feberet si bisex

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2022 03:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 27-11-2022 03:25 AM
Masalahnya teloq kena ramaih kena jilat China Doll ni feberet si bisex

Sapa hat bisex ? Sat nak gugel bisex tu pa benda
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 03:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 27-11-2022 03:25 AM
Masalahnya teloq kena ramaih kena jilat China Doll ni feberet si bisex

Tuuu dia baq hangggg. La aku paham dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2022 03:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Cakap berdegaq2, taik sangkut kat gelegaq...buat dulu baru kompang. Awal2 ni mana yg tak kenal, boleh la kagum seround dua sebelum tersedar. Yang dah lama kenal kata dlm hati pi mai pi mai tang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengoklah samada benar atau tidak.. Tunggu sebulan dua ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 12:26 PM | Show all posts
laporan indah

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 12:38 PM | Show all posts
Aku faham maksud dia sbb budaya msia ni mmg suka bagi laporan bagus2 kat boss2. Dulu hb aku pnh keja kat msia, managers dia yg msians semua bagi report yg bagus2 jah, dia pun percayalah mula2 tu sbb pikir dorg ckp betul, dah start lama skit tu baru dia sedar n tahu rupanya dorg tak cakap betul dorg sorok benda sebenar sbb takut ke apa, sampailah dia panggil meeting semua bagitahu it’s ok bagitahu benda kurang bagus kat dia, dia nak dorg terus terang sbb dia nak tahu semua so blh cari penyelesaian. Ntahlah culture kita ke mcm tu, ke boss kat msia garang2 tu yg org takutt. Ke culture kaki bodek semua bagus2 jah yg boss dgr
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Solokkk at 27-11-2022 12:44 PM

Sama tak macam konsep: Indah jadi PM, tapi bertepatan tak dgn prinsip yg sebabkan jadi PM?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
PATI ramai kt Msia ni....ni bukan bodek,kipas,cobaaannn....ini betul2...ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
jgn ckp jer lebih tau..rakyat tengah perati
.kalau he tak ok..next sapa pulak kita nk try
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik anwar....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2022 07:36 PM | Show all posts
halamak

mcm filem tamil la




Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
minta ampun je kalau buat salah kau kata..kalau rakyat marhaen buat salah,mintak ampun je boleh ke..takyah nk saman2,bayar denda ke penalti ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.214864 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list